Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Izzah mungkin diheret ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan
Diterbitkan:  Nov 19, 2015 10:39 PM
Dikemaskini: 2:44 PM

Kerajaan sedang mengkaji mengheret Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan berhubung perjumpaannya bersama Puteri Sultan Sulu, Jacel Kiram di Filipina.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata perjumpaan itu boleh ditafsirkan sebagai mengundang campur tangan luar.

“Bagi saya, perjumpaan ini seolah-olah menjemput campur tangan anasir luar dalam urusan dalaman negara kita.

“Beliau juga telah mengingkari lafaz sumpah sebagai seorang ahli Parlimen,” kata Azalina dalam satu kenyataan media.

Katanya, kerajaan sedang mengkaji dan meneliti tindakan pemimpin PKR sama ada untuk merujuk beliau ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

"Bagi saya, mesyuarat itu boleh dilihat sebagai mengundang anasir luar untuk campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara kita.

"Dia telah melanggar sumpah sebagai Ahli Parlimen," kata Azalina, merujuk kepada sumpah ahli parlimen untuk menjadi setia kepada negara.

Gambar Nurul Izzah bersama Jacel Kiram, anak perempuan Allahyarham Jamalul Kiram III yang mengisytiharkan diri sendiri sebagai Sultan Sulu yang mempunyai kedaulatan di tanah Sabah menjadi viral di media sosial hari ini.

Nurul Izzah pada kenyataan medianya petang tadi berkata, Nurul Izzah berkata bahawa dia diraikan dalam majlis anjuran oleh Majlis Hal Ehwal Filipina dan Asian Institute for Democracy, Pejabat Datuk Bandar Manila dan Pejabat Naib Presiden Filipina.

Malah katanya, pihak penganjur juga yang menentukan senarai pemimpin yang ditemuinya.

Nurul Izzah juga berikrar menyokong mempertahankan kedaulatan Sabah sebagai sebahagian daripada Persekutuan Malaysia dan menegaskan sokongan partinya berhubung inisiatif kerajaan Malaysia di selatan Filipina.

Mengulas lanjut, Azalina berkata tindakan itu tidak dapat diterima kerana ia bertentangan dengan lafaz sumpah seorang anggota parlimen untuk menumpahkan taat setia kepada tanahair.

“Sebagai seorang ahli parlimen beliau seharusnya tahu akan tanggungjawab beliau terutamanya dalam soal kedaulatan Negara yang tidak boleh dikompromi sama sekali.

“Bagaimana mungkin seseorang ahli parlimen sanggup berjumpa dengan ‘jurucakap’ kumpulan pengganas yang menceroboh negara kita, malahan memegang poster yang mempunyai perkataan – Filipino Friends?

“Apakah motif di sebalik perjumpaan dengan jurucakap kumpulan pengganas ini?” soal Azalina lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS