Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Soalan politik kertas Pendidikan Moral SPM timbulkan kekecohan
Diterbitkan:  Nov 19, 2015 10:58 PM
Dikemaskini: 11:52 PM

Kertas soalan Pendidikan Moral SPM pada Selasa lalu menimbulkan kekecohan kerana didakwa mempunyai motif politik yang berat sebelah.

Calon SPM mengadu bahawa kerajaan dilihat cuba mempengaruhi fahaman politik mereka menerusi kertas Pendidikan Moral dan mengindoktrinasi mereka supaya tidak lagi menyertai atau mengambil bahagian dalam aktiviti politik.

Mengimbas kembali soalan berdasarkan ingatan, pelajar berkata calon bagi kertas tersebut diminta untuk menjawab soalan-soalan berdasarkan nota ringkas dan gambar.

(Peraturan Peperiksaan melarang calon-calon daripada membawa kertas soalan keluar dari dewan peperiksaan.)

Nota itu menyebut bahawa penjawat atau kakitangan awam tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam protes anti-kerajaan; manakala gambar itu memaparkan dua pelajar sedang bercakap antara satu sama lain.

Pelajar A sedang menampal poster mempromosikan perhimpunan anti-kerajaan dan berkata bahawa beliau akan menerima RM100 selepas selesai menaikkan poster. Pelajar B pula menasihatkan pelajar A supaya tidak berbuat demikian.

Soalan-soalan yang diajukan:

(a) Mengapa pelajar tidak seharusnya mengambil bahagian dalam perhimpunan anti-kerajaan?

(b) Bagaimana sekolah boleh mengelakkan pelajar daripada mengambil bahagian dalam perhimpunan anti-kerajaan?

(c) Kita perlu menyokong pendirian Pelajar B. Mengapa?

Seorang lagi calon SPM mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa soalan-soalan itu ditanya dalam kertas Pendidikan Moral SPM tahun ini.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS