Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rahsia suami-isteri: Rosmah, Najib saling bersimpati

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menasihatkan para isteri pemimpin politik supaya sentiasa menjaga hubungan dengan suami mereka serta saling mempercayai.

Malah, beliau turut berkongsikan cerita tentang bagaimana hubungannya bersama Datuk Seri Najib Razak yang saling mempercayai.

Rosmah turut menceritakan bahawa beliau bersama Najib sentiasa merasa simpati antara satu sama lain lebih-lebih dengan hal berkaitan dirinya di laman sosial.

"Bila saya tengok di media sosial saya tanya (Najib) adakah ini mengenai saya? Adakah mereka cakap mengenai saya, tentang Rosmah ini?

“Kemudian dia (Najib) akan cakap, tidak. Ia bukan mengenai awak. Mereka nak jatuhkan saya (Najib) tetapi mereka tak dapat jatuhkan saya kemudian libatkan isteri.

"Ia bukan mengenai awak, ia mengenai saya. Mereka nak jatuhkan saya melalui isteri.

"Dia rasa simpati terhadap saya dan saya pun rasa simpati terhadap dia. Kami saling bersimpati." katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan klinik perundangan dan kebankrapan Wanita MIC hari ini.

"Itu yang menyebabkan kami sentiasa memastikan antara satu sama lain setiap masa. Jadi dia tidak akan tinggalkan saya, saya harap. Saya memahami dia, dan dia memahami saya.

"Jadi anda perlu tahu bahawa banyak perkara yang perlu kita belajar tentang politik. Bukan semasa kempen dan bercakap tentang politik tetapi apa yang penting ialah hubungan antara suami dan isteri terutama suami yang terlibat dengan politik," kata Rosmah lagi.

Rosmah turut menasihatkan supaya para isteri tidak mendengar sebarang cerita yang negatif tentang suami mereka dan melakukan pemeriksaan sekiranya mendengar perkara yang tidak elok tentang pasangan mereka.

"Apa sahaja yang anda dengar, tolong periksa. Contohnya jika suami kita rapat dengan wanita. Bila suami balik, kita tanya siapa wanita itu dan lain-lain.

"Ini akan meningkatkan pelbagai masalah, kebimbangan dan kecurigaan. Dan ia sangat tidak sihat dalam perkahwinan terutamanya suami yang terlibat dengan politik.

"(Jadi) Dengar cerita yang positif, jangan dengar yang negatif. Kadangkala orang sengaja mahu anda beruda bergaduh dan timbulkan kecurigaan," katanya.

"Jika terdengar cerita tentang isteri pula, jangan dengar. Kadangkala mereka tidak dapat suami, mereka pergi kepada isteri dan isteri merupakan orang yang tidak bersalah di bumi ini seperti Uma (isteri Datuk Seri Dr Subramaniam, S Umani)," katanya sambil ketawa.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS