Tiada lagi hukuman rotan bagi pesalah kanak-kanak
Pemansuhan hukuman merotan terhadap pesalah kanak-kanak adalah di antara pindaan dalam Akta Kanak-kanak yang dibentang untuk bacaan kali pertama hari ini.
Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim, sebaliknya memperkenalkan khidmat masyarakat sebagai gantian hukuman kepada kanak-kanak yang melanggar undang-undang itu.
Khidmat masyarakat juga akan dilaksanakan sebagai hukuman tambahan kepada orang dewasa yang didapati bersalah menganiayai kanak-kanak.
"Ini untuk memulihkan mereka," kata Rohani pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.
Selain khidmat masyarakat, orang dewasa yang didapati bersalah menganiayai, mengabaikan, dan menzalimi kanak-kanak juga boleh dikenakan hukuman lebih berat dan tempoh penjara lebih lama.
Denda untuk pendera kanak-kanak dinaikkan kepada maksimum RM50,000, dan mereka juga boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun sekarang.
Lapor komen ini


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.