Istana Johor larang kakitangan guna vape

   

Semua pegawai dan kakitangan Jabatan Istana Johor dilarang menggunakan vape di kawasan pejabat dan Istana Besar di Johor Bahru, berkuat kuasa serta-merta.

Menurut laporan Berita Harian , Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, berkata surat arahan sudah dikeluarkan pada 30 November lalu yang ditandatangani Pengelola Bijaya DiRaja, Datuk Ali Musa.

Beliau berkata, Sultan Johor bertitah mahukan arahan itu berkuat kuasa serta-merta dan tidak akan menunggu sehingga 1 Januari tahun depan.

“Sebagai permulaan menjunjung kasih titah Tuanku, kita di Jabatan Istana Johor akan menjadi contoh kepada agensi lain untuk melaksanakan perkara ini (tidak menggunakan vape)," katanya dipetik akhbar itu.

Sebelum ini, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengharamkan semua kedai vape di Johor dan telah memberikan mereka sebulan untuk menamatkan perniagaan.

Baginda dalam temu bual dengan akhar The Star pada Ahad lalu bertitah bahawa tidak ada alasan lagi dan mahu perkara itu tidak dipolitikkan atau dijadikan isu perkauman.

[Baca berita penuh]

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In