Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Disember datang lagi dan setahun lalu – tanggal 22 Disember – menjadi detik cemas yang tidak terlupakan buat ribuan rakyat Kelantan.

Terperangkap, lemas, kediaman musnah, harta benda rosak, haiwan ternakan dan tanaman dibawa arus deras sudah terlipat dalam sejarah Bah Kuning 2014.

Kini, sisi keperitan mangsa-mangsa banjir besar itu belum surut dan bimbang tragedi itu akan berulang, terus bergetar dalam denyut nadi mereka.

"Kehidupan perlu diteruskan," kata Ab Rahman Ali, 70-an ketika ditemui Malaysia kini.

Ada riak bimbang di raut wajah bekas tentera di zaman awal kemerdekaan tanah air itu ketika menyambut kehadiran Malaysiakini, Sabtu lalu.

Hujan renyai-renyai membasahi persekitaran Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Taman Etno Botani, yang terletak kira-kira tiga kilometer dari pekan Gua Musang.

Pusat pene mpatan sementara

Walaupun hampir setahun berlalu, lebih 100 keluarga dari daerah itu masih ditempatkan di pusat penempatan sementara tersebut.

"Sehingga sekarang belum tahu lagi apa kesudahan nasib kami. Macam-macam berita mengenai pemberian rumah kita dengar.

"Semuanya masih kelam, tak tahu bila lagi kami boleh tinggal di rumah baru. Ada yang kata hujung tahun ini, bulan Mac tahun depan, bulan Jun (2016) tapi belum pasti juga.

"Sekarang musim bah datang lagi," katanya yang tinggal di kem tersebut sejak awal tahun ini.

Ab Rahman berkata, mereka tidak berani untuk menjelaskan lebih lanjut mengenai isu-isu yang wujud sekitar kehidupan memandangkan mereka hanya dianggap 'penumpang' di situ.

"Syukurlah, sekurang-kurangnya masih ada tempat untuk berlindung buat masa sekarang.

'Harap dapat rumah baru'

"Di masa akan datang belum tahu lagi. Mungkin akan berpindah ke tempat lain selepas pembukaan semula kem ini untuk program PLKN nanti.

"Harap-ha rap cepatlah dapat rumah baru," katanya yang sebelum ini tinggal secara setinggan di Kampung Tiong, dekat Galas.

Rumah setinggannya dihanyutkan air bah dan hidup di usia emas bagi Ab Rahman, tiada apa yang dapat dilakukan melainkan berehat di penempatan itu bersama isterinya.

"Orang di sini kebanyakannya bebas keluar bekerja. Kami juga disediakan makan dan minum setiap hari, lebih senang berbanding tinggal di khemah sebelum ini.

"Kalau diikutkan selesa memang tak selesalah berbanding duduk di rumah sendiri. Tapi kita tidak ada pilihan, tunggu sajalah," katanya.

Setiap kali tiba waktu makan, Ab Rahman bersama penghuni lain akan berkerumun di dewan makan yang terletak kira-kira satu kilometer dari kediaman sementara mereka.

Musim tengkujuh

"Pak cik selalu tumpang jiran-jiran untuk pergi ambil makanan, nak turun naik jalan bercerung tak larat juga.

"Tambahan pula sekarang selalu hujan," katanya.

Banjir yang melanda Kelantan tahun lalu dianggap yang paling besar melanda negeri Cik Siti Wan Kembang itu selepas kejadian pada 1927 dan 1967.

Jajahan Kuala Krai menjadi tempat paling teruk dilanda bah yang menyebabkan 1,927 rumah musnah dihanyut arus deras.

Taburan hujan tertinggi yang direkodkan iaitu 1,295mm selama tiga hari berturut-turut di Gua Musang, Kelantan, bersamaan dengan taburan hujan untuk 64 hari.

Jabatan Meteorologi pada 30 Oktober lalu mengjangkakan pada November hingga Disember negeri-negeri di pantai timur akan menerima hujan melebihi 500mm atau 20 hingga 40 peratus daripada paras normal.

Walaupun ba njir belum tiba, tengkujuh telah pun melanda pantai timur dengan hujan turun hampir setiap hari.

Ruang 10x10 kaki persegi

Sementara itu, bagi Nik Mah Nik Kob, 50-an, banjir yang menghanyutkan rumahnya sekeluarga masih segar di ingatan dan kini kebimbangannya mendapatkan tempat tinggal baru.

"Kalau ditanya kepada semua orang (mangsa) di sini, kami hanya mahu rumah. Sebelum ini sudah ada pihak yang membuat bancian dan memberitahu kami akan dapat (rumah).

"Tetapi, nak dekat setahun dah (kejadian) masih belum tahu apa kesudahannya. Ada yang datang kata begitu dan begini, kami tunggu sajalah," jelasnya yang tinggal bersama suami dan dua anak di Kem PLKN tersebut.

Mereka ditempatkan dalam satu ruang 10x10 kaki persegi dan disediakan katil dan tilam bujang mengikut isi rumah. Jika keluarga itu mempunyai isi rumah yang ramai, mereka diberikan ruang yang lebih luas.

Masih ada di khemah

Pegawai khas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Ab Aziz Yusoff, Abdullah Ismail berkata, pihaknya menjadi pemantau bagi mangsa banjir yang ditem patkan di kem tersebut.

Menurutnya, lebih 500 penghuni di penempatan sementara itu diberi keperluan mencukupi termasuk aspek penjagaan kesihatan.

"Sebelum ini mereka ditempatkan di khemah sementara yang disediakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Bandar utama, kemudian kita pindahkan ke sini untuk persekitaran lebih selesa.

"Tapi masih ada yang berdegil untuk tidak berpindah walaupun sudah diarahkan," katanya.

Jelas Abdullah, me ngikut pengetahuan beliau, perancangan untuk pembinaan dan sumbangan rumah kepada mangsa banjir itu sedang diusahakan pihak berwajib melalui agensi-agensi kerajaan pusat, negeri dan NGO.

Terdahulu, sejurus banjir melanda pada penghujung tahun lalu kesemua mangsa tersebut dipindahkan ke sekolah-sekolah di sekitar kawasan terdekat untuk penempatan sementara.

Mereka kemudiannya dipindahkan ke khemah yang disediakan oleh MKN di Bandar Utama apabila sekolah dibuka sebelum ditempatkan di Kem PLKN Taman Etno Botani sejak awal tahun ini membabitkan 500 orang secara berperingkat.

Bagaimanapun, mas ih ada beberapa keluarga yang enggan berpindah ke Kem PLKN tersebut dengan‎ pelbagai alasan seperti tidak mahu bersesak-sesak, berpindah banyak kali dan menunggu rumah yang dijanji.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS