Aktivis Lena Hendry menyelar kerajaan kerana mengheretnya ke mahkamah kerana menyiarkan dokumentari berkaitan insiden penghapusan kaum di Sri Lanka dua tahun lalu.
“Mendakwa saya kerana menayangkan filem jelas sekali mencabul kebebasan bersuara saya,” kata penyelaras program Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas) itu.
Lena dituduh menayangkan dokumentari tanpa kebenaran Lembaga Penapisan Filem.
Prosiding bermula hari ini selepas dia gagal mengetepikan pertuduhan itu.
“Jika kamu lihat isu itu, ia berkaitan hak asasi manusia dan jenayah perang didakwa dilakukan oleh kerajaan Sri Lanka.
“Saya tidak pati kenapa kerajaan (Malaysia) masih mahu dakwa saya.
“Di Persatuan Bangsa-Bangsa (PBB) bersatu, kerajaan kata sokong kebebasan bersuara dan malah tandatangan resolusi untuk lindungi hak asasi manusia dan pendukungnya,” katanya.
Lena merujuk sesi jawatankuasa ketiga (kebudayaan, kemanusiaan dan sosial) perhimpunan Persidangan Bangsa-Bangsa bersama bulan lalu.
Dalam sidang itu, Malaysia dan 116 negara lagi mengundi menyokong revolusi dibentangkan.
Lena didakwa kerana menayangkan filem No Fire Zone: The Killing Fields of Sri Lanka. Jika disabitkan bersalah, dia akan berdepan hukuman tiga tahun penjara.
Tindakan terhadap Lena itu mengundang bantahan 100 seniman, wartawan dan peguam, termasuk pemenang Grammy Angelique Kidjo dan pemenang Academy Orlando von Einsiedel.
Mereka mendakwa apa yang berlaku sebuah penapisan politik .
No Fire Zone diiktiraf memainkan peranan di peringkat global menceritakan tentang kejahatan perang di Sri Lanka.
Wakil ke Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) juga menjalankan inkuiri besar terhadap insiden yang menyaksikan ribuan etnik Tamil tidak bersalah disembelih.
