Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
20 wanita akhirnya menang p'raya Arab Saudi
Diterbitkan:  Dec 14, 2015 4:00 PM
Dikemaskini: 8:08 AM

GLOBAL Pengundi Arab Saudi memilih 20 wanita menduduki kerusi kerajaan tempatan di Arab Saudi.

Keputusan itu dikeluarkan sehari selepas wanita dibenarkan mengundi dan bertanding buat kali pertama dalam sejarah negara itu, lapor Associated Press.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat John Kirby semalam menyambut baik pilihan raya itu dan menyifatkan ia sebagai pencapaian bersejarah.

"Pembabitan wanita sebagai wakil adalah langkah penting di Arab Saudi ke arah proses pilihan raya lebih inklusif yang akan memastikan semua penduduk diwakili dalam kerajaan yang bertanggungjawab ke atas semua rakyat negara itu," Kirby dilaporkan sebagai berkata.

Wanita yang dipilih itu datangnya dari pelbagai daerah berbeza negara itu, dari bandar raya terbesar sehingga kampung kecil berhampiran Tanah Haram.

Dua puluh calon itu mewakili cuma satu peratus daripada 2,100 kerusi majlis perbandaran.

Bagaimanapun ia dilihat sebagai satu kemajuan bagi wanita yang sebelum ini dilarang sama sekali mengundi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS