Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Patuh syariah: Saranan bagi pakaian pramugari Rayani Air

Rayani Air yang memulakan perjalanan sulung ke Langkawi Ahad lalu menerima pelbagai pujian kerana menjadi syarikat penerbangan pertama negara yang mematuhi syariah.

Bagaimanapun, di sebalik pujian, terdapat beberapa teguran yang diberikan kepada syarikat penerbangan tersebut supaya petugasnya mengenakan pakaian yang longgar supaya tidak nampak bentuk badan pramugari.

Pramugari Rayani Air memakai tudung, mengenakan baju kameja, seluar dan berjaket bagi menutup aurat.

Sehubungan itu, terdapat juga pengguna laman sosial yang mencadangkan agar petugas penerbangan itu memakai jubah.

Tie Watie: Cantik manis pramugari Rayani Air, moga perjalanan bersama Rayani Air dilindungi Allah.

Adilah Hanim Mahmud: Tahniah Rayani, sangat menghargai usaha (terapkan syariah) cuma tidak mahu orang bising dan kenapa tidak minta petugas yang bukan beragama Islam memakai pakaian yang longgar dan bukan seperti sekarang cuma memakai material jenis t-shirt seperti penebangan Emirates, Etihad dan banyak lagi penerbangan lain yang petugasnya memakai pakaian dan seluar yang longgar.

John Dihani: Baju pramugari kameja panjang bersama jaket ke? Kenapa tidak pakai jubah yang longgar, jangan beri nampak bentuk tubuh pramugari. Come on, kata berlandaskan syariah Islam.

KhairulHisyham: Kalau nak dibandingkan pakaian pramugari Rayani Air dengan syarikat penerbangan lain, pakaian pramugari syarikat ini lebih baik. #RayaniAir

Sementara itu, menurut pengguna yang lain, kemunculan Rayani Air merupakan perkembangan yang sihat terhadap sistem pengangkutan udara negara ini.

Mereka berharap Rayani Air telus dan tidak ada caj yang tersembunyi.

Kamal Kamelia: Persaingan yang sihat untuk industri penerbangan Malaysia, jadi harapan harganya mesti telus dan tiada caj tersembunyi, tidak sabar nak menaiki pesawat Rayani Air untuk percutian seterusnya.

Kapten Faqrul: Ahlan Wasahlan teruskan terbang dan dicadangkan agar Rayani Air menawarkan laluan yang tidak ditawarkan oleh syarikat penerbangan tempatan.

Rayani Air menerima lesen perkhidmatan udara dan sijil pengendali udara daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada Jumaat lepas.

Syarikat itu merupakan hasil usahasama dua perniagaan iaitu syarikat minyak dan gas, Merdeka Jayabumi Enterprise dan syarikat perlombongan, Terus Maju Metal.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS