AS latih 'anjing porno' kesan pesalah seks
GLOBAL Jabatan Polis Amerika Syarikat telah menemui cara inovatif untuk memerangi jenayah seksual iaitu dengan menggunakan "anjing porno".
NGO antijenayah Montogomery County Crimstoppers di Texas menjalankan program percubaan bernilai AS$17,000 untuk melatih anjing bagi mengesan peranti penyimpanan elektronik yang menyimpan gambar lucah kanak-kanak.
Usaha itu diharapkan mengulangi kejayaan penangkapan Jared Fogle yang dipenjara November lalu ekoran kesalahannya yang menyimpan imej lucah kanak-kanak, lapor The Independant .
Jon Dumas dari Montogomery County Crimstoppers berkata, proses tersebut satu proses yang "inovatif" dan "canggih".
Seorang pegawai polis berkata ramai pesalah seksual sangat berhati-hati menyembunyikannya gambar lucah kanak-kanak secara digital.
Lapor komen ini


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.