Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Negeri Sembilan juara Piala Emas Raja-Raja 2015

Hasrat Perlis untuk menjulang Piala Emas Raja-Raja buat kali ketiga berturut-turut tidak kesampaian apabila tewas di laman sendiri kepada Negeri Sembilan 1-2 di Stadium Tuanku Syed Putra di Jumaat malam.

Gol pertama Perlis yang dijaringan ketua pasukan Anas Shahrom pada minit ke-55 di separuh masa kedua dibalas Negeri Sembilan menerusi Nurhafizi Ibrahim seminit sebelum tamat perlawanan 90 minit.

Jaringan tersebut mengheret perlawanan ke masa tambahan yang menyaksikan Mohd Hafiz Mohd Nor mencipta gol kedua Negeri Sembilan dan sekali gus membolehkan Negeri Sembilan muncul juara tahun ini.

Kejayaan ini menamatkan kemarau penantian 23 tahun Negeri Sembilan sejak 1992 dan membawa pulang piala pusingan dan wang tunai RM40,000 manakala naib juara menerima wang tunai RM20,000.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS