Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menggesa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menghentikan amalan membuat potongan gaji maksimum bagi penjawat awam.
Rafizi berkata beliau menerima banyak aduan daripada peminjam mengenai sistem potongan itu dan mereka tidak diberi sebarang amaran mengenai jumlah gaji yang dipotong.
"Ini menyebabkan ada kakitangan kerajaan yang gajinya berbaki puluh-puluh ringgit setelah dibuat potongan maksimum oleh PTPTN.
Mengambil contoh amalan di Australia, Rafizi mencadangkan agar peminjam membayar balik pinjaman sekiranya gaji lebih tinggi dari paras tertentu bagi mengelakkan mereka dibebankan dengan hutang pendidikan.
"Peminjam perlu mengemaskini butiran pekerjaan dan gaji yang disahkan oleh majikan setiap 6 bulan bagi memastikan mereka mula membayar secara potongan automatik mengikut jadual yang dipersetujui setelah gaji mereka mencecah RM4,000 sebulan," katanya.
Katanya, sekiranya peminjam tidak mengemaskini butiran berkenaan, baru lah mereka wajar dikenakan tindakan undang-undang.
