Malaysiakini BERITA

Jangan terjebak dengan laporan WSJ, kata TPM

Kow Gah Chie

Diterbitkan  |  Dikemaskini

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta orang ramai agar tidak terjebak dengan laporan terbaru Wall Street Journal (WSJ) yang memetik sumber yang tidak diketahui dalam menjelaskan bagaimana AS$850 juta didakwa telah dipindahkan dari 1MDB.

"Kita jangan menghukum (1MDB) berdasarkan maklumat-maklumat yg datang dari sumber-sumber yang tidak disahkan.

"Saya fikir elok kita serah kepada badan penyiasat di Malaysia supaya perkara sebenar diketahui.

"Saya yakin apa yang dilakukan oleh penguatkuasa harus diberikan taraf kewibawaan yg tinggi untuk kita letak kebolehpercayaan kepada agensi-agensi berkenaan," katanya.

Zahid memberitahu pemberita dalam sidang media selepas merasmikan "Majlis Deklarasi Prioriti 2016" di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.

Akhbar Wall Street Journal (WSJ) pada 17 Disember lalu mendakwa dana 1MDB dipindahkan kepada 'Aabar Investments PJS Ltd', yang namanya hampir sama dengan anak syarikat Abu Dhabi International Petrolum Investmen Co's (IPIC) - Aabar Investment PJS.

WSJ melaporkan berita itu berdasarkan kepada dokumen yang diteliti dan disemak oleh penerbitan berkenaan dan mereka yang biasa dengan perkara itu.

[Baca berita penuh]