BERITA Malaysiakini

Ismalina: Saya tak kata Puteri jadi pemuas nafsu

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Malaysiakini

Bekas exco Puteri Umno Ismalina Ismail menafikan membuat kenyataan bahawa anggota sayap parti itu menjadi pemuas nafsu pemimpin demi mendapatkan penajaan atau jawatan dalaman.

Beliau mendakwa perkara itu fitnah yang timbul semasa pilihan raya kecil dahulu dan dipanaskan semula dengan agenda memburuk-burukkan Umno, lapor Astro Awani .

"Apa yang telah disebarkan adalah berita kitar semula. Asasnya saya tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan atau komen berhubung isu berkenaan.

"Jadi saya pun tidak tahu dari mana datangnya dan timbulnya isu ini. Saya tidak pernah membuat kenyataan sebegitu. Sebenarnya fitnah ini telah direka semasa pilihan raya kecil beberapa tahun yang lalu.

"Saya kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak-pihak yang menyebarkan semula posting ini bagi memecah belahkan silaturrahim antara sesama ahli Umno," beliau dipetik sebagai berkata.

Dakwaan itu disebar meluas di blog-blog dan media sosial.