Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPRM tolak masukkan Najib dalam senarai rasuah
Diterbitkan:  Jan 4, 2016 2:28 PM
Dikemaskini: 7:06 AM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, hanya nama individu yang didapati bersalah akan dimasukkan dalam senarai pesalah rasuah ( name and shame ).

Justeru, suruhanjaya itu berkata permintaan penasihat DAP Lim Kit Siang supaya nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dimasukkan dalam pangkalan data itu tidak boleh dilaksanakan.

"Pangkalan data itu diwujudkan untuk menyenaraikan nama mereka yang telah didapati bersalah dalam kes rasuah, bukannya mereka yang sedang disiasat," kata SPRM dalam kenyataan medianya hari ini.

Malaysia sebelum ini dinamakan sebagai antara enam negara yang mempunyai "skandal rasuah paling teruk" di dunia bagi tahun 2015.

'Anugerah' itu diberikan oleh foreignpolicy.com- sebuah bahagian di bawah Washington Post Company.

Laporan daripada foreignpolicy itu antara lainnya menyatakan bagaimana pemimpin-pemimpin terpaling dalam skandal rasuah besar-besaran, hakim mahkamah tinggi dan juga mereka yang mengendalikan industri bola sepak dunia.

Pada awal Disember tahun lalu, SPRM telah merakamnya kenyataan Najib berkaitan wang derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya anggota parlimen Pekan itu.

Ia termasuk pemindahan RM42 juta daripada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International ke akaun perdana menteri.

Malah, SPRM juga telah menghantar pasukan ke Timur Tengah untuk bertemu dengan individu yang menyalurkan RM2.6 bilion tersebut.

Bagaimanapun SPRM tidak dapat mendedahkan maklumat lanjut termasuk identiti penderma kerana siasatan masih dijalankan.

SPRM, yang mengesahkan dana itu sebagai sumbangan politik, menyiasat perkara itu sama ada ia berbentuk suapan.

Lihat Komen
ADS