Kira-kira 400 ribu rakyat Syria putus bekalan makanan
GLOBAL Menurut Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), sebagai sebuah agensi bantuan yang menyediakan penghantaran makanan di Madaya di pinggir Damsyik, kini terdapat dua bandar telah dikepung di wilayah lain iaitu Idlib.
Ekoran itu, dianggarkan seramai 400,000 orang yang hidup di bawah pengepungan di 15 kawasan di seluruh Syria, lapor Al Jazeera.
Rundingan pada Sabtu yang membenarkan penghantaran kepada Madaya, kini dikelilingi oleh pasukan tentera yang setia kepada Presiden Syria Bashar al-Assad.
Kampung Foua dan Kefraya di Idlib keduanya kini telah dikelilingi oleh pejuang pemberontak.
Disebabkan pengepungan yang dikenakan oleh kerajaan Syria dan kumpulan Hizbullah Lubnan, dianggarkan 42,000 orang di Madaya mempunyai sedikit atau langsung tiada akses kepada makanan yang menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 23 orang akibat kebuluran setakat ini, menurut The Charity Doctors Without Borders (MSF).
Laporan mengenai kekurangan pemakanan yang tidak seimbang telah meluas dan ada yang mencadangkan supaya penduduk Madaya memakan rumput dan serangga untuk terus hidup.
Di Kefraya dan Foua, kira-kira 12,500 orang terputus hubungan untuk mengakses bantuan bekalan oleh kumpulan-kumpulan pemberontak termasuk al-Nusra Front.
Pada 26 Disember, tentera kerajaan Syria telah menubuhkan pusat pemeriksaan dan menutup jalan terakhir untuk ke Moadamiyah- sebuah bandar yang dikuasai pemberontak di pinggir Damsyik.
Ia bertujuan bagi menuntut kumpulan pembangkang meletakkan senjata dan menyerah diri.
Pejabat media Moadamiyah yang dikendalikan oleh aktivis pro-pembangkang menganggarkan seramai 45,000 orang awam yang terperangkap di kawasan itu selama lebih daripada dua minggu.
Organisasi itu berkata, pada Sabtu, pengepungan yang bermula pada April 2013 itu dan berterusan selama setahun mengakibatkan kematian seramai 16 orang penduduk tempatan kerana kekurangan makanan dan ubat-ubatan.
Katanya, terbaru ialah seorang penduduk tempatan telah terbunuh pada tahun ini dan seorang kanak-kanak berusia lapan bulan mati akibat pemakanan yang tidak seimbang, semalam.
Dani Qabbani- seorang aktibis media berpangkalan di Moadamiyeh berkata, kanak-kanak itu meninggal dunia kerana "pengepungan yang melumpuhkan yang dikenakan oleh askar-askar militan Assad.
"Mereka tidak membantu dia (kanak-kanak) di sini, di satu-satunya hospital lapangan di bandar ini.
"Pusat pemeriksaan Assad menghalang keluarganya daripada menghantarnya ke hospital di Damascus. Jika keadaan ini berterusan untuk seminggu lagi, kami menjangkakan ia satu bencana bagi 45,000 orang awam di Moadamiyah," katanya.
Selain itu, beliau menjelaskan bahawa penduduk tempatan kini lemah dan ketakutan.
Katanya: "Mereka tidak mahu lalui apa yang mereka telah lakukan pada 2013, sekali lagi," katanya lagi.
Komen
PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.