Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Serangan Jakarta 'alasan mudah' bagi bil MKN, kata Ambiga
Diterbitkan:  Jan 20, 2016 1:00 PM
Dikemaskini: 5:09 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggunakan alasan serangan pengganas di Jakarta minggu lalu untuk mendapatkan sokongan terhadap rang undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN), kata bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan bagi pihak Gabungan ‘TakNakDiktator’, beliau berkata kuasa yang diberikan melalui undang-undang itu adalah "terlalu luas, sewenang-wenang dan tidak seimbang dengan sebarang ancaman keganasan yang dihadapi oleh Malaysia".

"Terdapat hanya sedikit hubung-kait antara aktiviti pengganas dan kuasa yang diberikan dalam rang undang-undang MKN yang bertujuan memberi tumpuan kuasa yang luar biasa di tangan perdana menteri dan MKN.

"Oleh itu, adalah keterlaluan bagi perdana menteri untuk memberi alasan mudah bahawa jika serangan keganasan yang sama berlaku di negara ini, undang-undang MKN boleh diguna-pakai sedangkan ancaman itu boleh ditangani oleh polis dan undang-undang sedia ada," katanya dalam satu kenyataan.

Rang undang-undang MKN telah diluluskan oleh Parlimen bulan lalu tetapi masih belum diwartakan sebagai undang-undang.

Ia akan membolehkan pengerusi MKN - Perdana Menteri - untuk mengisytiharkan mana-mana kawasan sebagai "zon keselamatan" di mana pihak berkuasa boleh menggunakan keganasan dan kekerasan untuk menangkap, menggeledah dan menyita harta dan mengenakan perintah berkurung,.

Selepas mesyuarat MKN semalam, Najib mengumumkan bahawa anggota tentera dan polis akan menjalankan rondaan bersama di kawasan awam.

Lihat Komen
ADS