Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
LGBT dilatih jadi pemandu teksi di India
Diterbitkan:  Jan 25, 2016 12:00 PM
Dikemaskini: 4:08 AM

GLOBAL Dari mengemis di lampu isyarat di Mumbai, kini golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dilatih sebagai pemandu bagi perkhidmatan teksi di India yang pertama kali dikendalikan golongan tersebut.

"Apabila kamu melihat seorang transgender atau seorang gay yang memandu teksi di Mumbai, dan transgender yang lain mengemis di jalanan sudah pasti akan mahu menjadi sebahagian daripada perubahan ini," kata Ganesh Somwanshi, pengarah projek Wings Rainbow- perkhidmatan teksi India pertama yang mengambil golongan LGBT sebagai pemandu mereka.

Wings Travel bersama Humsafar Trust- sebuah NGO di Mumbai yang memperjuangkan hak-hak golongan gay di India melancarkan fasa permulaan yang diinisiatif oleh Wings Rainbow dengan menjadikan Sanjeevani Chauhan sebagai pemandu serta empat yang lain, lapor Al Jazeera.

Mereka juga berharap agar ia boleh berkembang ke sekurang-kurangnya 1,500 buah teksi menjelang akhir tahun ini.

"Terdapat begitu ramai di antara kita yang berada dalam perdagangan seks atau mengemis di jalan-jalan," kata Chauhan yang bekerja sebagai kaunselor untuk Humsafar selama hampir tiga tahun.

"Bekerja sebagai pemandu teksi bukan sahaja akan memberikan kita kerja dan keselamatan tetapi juga pelbagai jenis rasa hormat dan penerimaan dalam masyarakat," katanya.

Menurut perangkaan kerajaan, terdapat kira-kira 2.5 juta golongan gay di India.

Undang-undang India mengiktirafkan komuniti LGBT sebagai golongan terpinggir dan mereka terpaksa berdepan dengan sikap tidak toleransi serta beberapa peluang bagi integrasi sosial.

"Kami mengambil masa hampir dua bulan untuk mendapatkan semua.

"Kami lakukan penyelidikan kami dan berkata kepada komuniti gay, lesbian dan transgender untuk sama ada mereka bersedia untuk projek seperti ini.

"Mereka bimbang dan tidak pasti jika mereka akan mendapat pelanggan yang mencukupi, jika masyarakat menganggap mereka ini serius dan bagaimana jika pelanggan tidak mahu membayar mereka," kata Somwanshi.

Pada tahun 2014, Mahkamah Agung India meluluskan penghakiman penting yang mengiktirafkan jantina ketiga dan memberikan mereka hak yang sama kepada pendidikan, pekerjaan dan lesen memandu.

Bagaimanapun, India masih lagi dibawah era kolonial British yang menganggap homoseksual sebagai kesalahan jenayah dan boleh dihukum.

Lihat Komen
ADS