Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS anggap isu pakaian ala dewa cuma salah faham
Diterbitkan:  Feb 9, 2016 3:54 PM
Dikemaskini: 8:01 AM

Dewan Ulamak PAS menganggap isu pakaian menyerupai dewa melibatkan ADUN Paya Jaras Khairuddin Othman sebagai satu salah faham, kata timbalan ketuanya Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.

"Dewan Ulamak PAS pusat merasakan ia berlaku bukanlah dengan tujuan melanggar batasan agama jauh sekali memperkecil serta mempersenda syariat Islam.

"Sebaliknya apa yang berlaku hanyalah kerana salah faham dan tidak mengamati kedudukan yang menyerupai bentuk amalan agama lain," katanya pada kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu Dewan Ulamak PAS berharap semua ahli PAS lebih berhemah dalam apa jua tingkah laku membabitkan keagamaan agar tidak menimbulkan masalah dan fitnah kepada semua agama di negara ini.

"Semoga kesilapan ini tidak akan berulang lagi dan kita harap segalanya diampunkan oleh Allah SWT," kata Nik Muhammad.

Terdahulu, Khairuddin dilapor menghadiri majlis perayaan Tahun Baru Cina bersama masyarakat Tionghua di Wangsa Permai, Kepong dengan memakai pakaian ala 'maharaja China'.

Menurut Harakah Daily lagi, Khairuddin tidak tahu menahu pakaian yang dikenakannya itu menyerupai Dewa Cao Guo Jiu.

Laporan itu memetik Khairuddin sebagai berkata persatuan penduduk Wangsa Permai memaklumkan ia adalah pakaian ala maharaja China.

Lihat Komen
ADS