Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Isu pekerja asing: Cabaran balas IKHLAS pada k'jaan
Diterbitkan:  Feb 15, 2016 9:20 AM
Dikemaskini: 3:25 AM

Cabaran timbalan perdana menteri kepada belia Malaysia supaya mengisi pekerjaan yang dilakukan oleh warga asing bagi menghentikan kebanjiran kemasukan pekerja asing, berdepan dengan cabaran balas dari Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil & Sederhana Malaysia ( IKHLAS).

Cabaran balas dari IKHLAS kepada Putrajaya ialah supaya kerajaan menetapkan gaji permulaan berasaskan industri, bermula dari RM1,200.

"Tidak perlu lagi warga asing," kata Presiden IKHLAS, Mohd Ridzuan Abdullah, sambil menambah bahawa itulah cabaran IKHLAS jika kerajaan benar-benar hendak membantu rakyat dan bukan untuk mengambil kesempatan ke atas mereka.

Berikut adalah gaji dan insentif yang IKHLAS percaya dapat menarik minat rakyat tempatan:

+ Pekerja am kilang pekerja am: RM1,500

+ Pencuci: RM1,200

+ Pengawal keselamatan: RM1,500

+ Pekerja ladang: RM1,500

+ Buruh pembinaan: RM1,500

+ Pembantu rumah: RM700 + RM200 elaun khas yang dibayar oleh kerajaan

+ Atendan stesen minya: RM1,300;

+ Pembantu mini mart: RM1,000;

+ Pekerja supermarket: RM1,300;

+Pekerja pasar basah/borang: RM1,000/1,300

+ Buruh am: RM1,300/1,500

Insentif tambahan:

+ Rawatan perubatan percuma;

+ Perllindungan insurans;

+ Caruman majikan kepada KWSP dan Perkeso;

+ Bonus Perkhidmatan RM10,000 (15 tahun perkhidmatan) dan RM15,000 (25 tahun perkhidmatan);

+ Mereka yang bekerja sehingga umur 55 tahun dan bersara di beri elaun sara hidup sehingga umur 65 tahun sebanyak RM300 sebulan oleh kerajaan;

+ Mereka yang bekerja melebihi 5 tahun dengan majikan yang sama boleh buat pinjaman perumahan dan kereta;

+ Kenaikan gaji tahunan 5/10 peratus setahun;

+ Bagi pekerja Islam yang bekerja lebih 15 tahun dengan majikan yang sama, boleh menunaikan umrah dengan 50 peratus sumbangan dari tabung haji dan 30 peratus sumbangn majikan dan 20 peratus sendiri.

Bermula bulan Julai, gaji minimum di Semenanjung Malaysia ialah RM1,100 sebulan dan RM920 sebulan di Sabah dan Sarawak.

Dhaka minggu lalu menandatangani memorandum persefahaman untuk membolehkan pekerja am Bangladesh dibawa masuk ke Malaysia.

Terdapat 1.5 juta pekerja dalam pangkalan data kerajaan Bangladesh itu, untuk memohon pekerjaan di Malaysia.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS