Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis soal-siasat lima editor TMI mengikut tiga akta
Diterbitkan:  Feb 26, 2016 8:46 PM
Dikemaskini: 12:48 PM

Selepas empat jam disoal-siasat, Jahabar Sadiq, editor The Malaysian Insider (TMI) yang disekat berkata beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menentukan sekiranya terdapat kesalahan yang dilakukan oleh portal berita itu.

Ketika ditemui di luar bangunan Bukit Aman, petang tadi, Jahabar berkata beliau disoal-siasat bersama-sama dengan empat yang lain - Pengarang Urusan Lionel Morais, penolong pengarang berita V Anbalagan, dan penyunting berita Abdar Rahman Koya dan Srihanasham Noordin.

"Kami serahkan kepada mereka untuk siasat apa yang sepatutnya. Kami berdiri teguh dengan cerita kami," kata Jahabar.

Semua mereka disiasat mengikut Seksyen 124 (I) Kanun Keseksaan, Seksyen 8 (1), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Semalam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat portal berita itu kerana didakwa melanggar Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia yang berkaitan dengan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Pagi tadi, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak pada sidang medianya, mengesahkan sekatan itu adalah berkaitan artikel mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Ya, salah satu artikel memetik kenyataan panel (penilaian operasi SPRM) yang mengelirukan kerana bercanggah dengan kenyataan rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia," katanya.

Artikel bertajuk “Cukup bukti dakwa Najib isu SRC International, kata panel SPRM” yang disiarkan pada 25 Februari lalu memetik seorang ahli panel penilaian operasi suruhanjaya berkenaan yang tidak dinamakan.

Bagaimanapun, pengerusi panel itu, Tan Sri Hamid Bugo dalam satu kenyataan malam semalam, menafikan pihaknya percaya terdapat bukti cukup untuk mendakwa Najib seperti yang dilaporkan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS