Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Utusan menang rayuan ketepikan saman MB
Diterbitkan:  Mar 1, 2016 1:18 PM
Dikemaskini: 5:23 AM

Dalam keputusan penting yang bakal mempunyai kesan ke atas media, Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa ahli politik tidak boleh menyaman media kerana memfitnah berhubung kritikan orang dalam kapasiti mereka sebagai tokoh masyarakat.

Beikutan itu, Mhkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan Utusan Malaysia untuk membatalkan saman yang difailkan oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Utusan Malaysia yang dimiliki oleh Umno gagal untuk membatalkan saman Adnan pada 23 Julai tahun lalu.

Hakim Mahkamah Rayuan Hakim Datuk Rohana Yusof dalam memetik kes Derbyshire di United Kingdom berkata artikel Utusan merujuk Adnan atas sifatnya sebagai menteri besar.

Menurut hakim, Adnan dalam samannya juga menyebut beliau memfailkan saman itu sebagai wakil rakyat dan menteri besar.

"Mahkamah ini memutuskan untuk membenarkan rayuan itu kerana dia (Adnan) tidak mempunyai locus standi (kedudukan undang-undang) untuk memfailkan saman terhadap media.

“Terdapat kes untuk membatalkan saman ini," katanya.

Mahkamah turut memerintahkan Adnan supaya membayar kos RM3000 kepada Utusan.

Hakim lain yang bersidang bersama hari ini Hakim Mahkamah Rayuan, Tan Sri Idrus Harun dan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mary Lim Thiam Suan.

Pada 5 Disember 2014, Adnan memfailkan saman terhadap Utusan Malaysia berhubung artikel itu, yang diterbitkan defendan pada 9 Nov dalam akhbar Mingguan Malaysia, di bawah ruangan 'Analisis Mingguan Bisik-Bisik Awang Selamat'.

Beliau mendakwa artikel itu membawa maksud seolah-olah beliau tidak sesuai memegang jawatan menteri besar Pahang, gagal dalam menjalankan tugas, telah terlalu lama dalam jawatannya dan seorang yang berpura-pura.

Plaintif seterusnya mendakwa artikel itu menjejaskan reputasinya dan membawa kebencian dalam kalangan orang awam.

Menurut Adnan, pihaknya telah membuat tuntutan supaya defendan menyiarkan permohonan maaf di muka depan akhbar itu selain menuntut pampasan yang sesuai, namun sehingga kini defendan gagal berbuat demikian.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS