Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
‘Susut nilai ringgit lebih teruk daripada mata wang lain’
Diterbitkan:  Mar 3, 2016 3:51 PM
Dikemaskini: 7:55 AM

Penyusutan nilai mata wang di negara-negara lain tidak setinggi seperti di Malaysia, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Kita pernah guna ringgit untuk beli barang-barang di selatan Thailand, tetapi hari ini ringgit ditolak kerana ia menyusut lebih teruk daripada kejatuhan nilai baht Thai," kata Mahathir dalam temu bual dengan Bloomberg hari ini.

Beliau berkata, kejatuhan nilai mata wang negara itu adalah disebabkan oleh dasar ekonomi kerajaan sekarang, yang termasuk penghapusan subsidi untuk bahan api, elektrik dan gula serta pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Mahathir mendakwa dasar ekonomi berkenaan juga menyebabkan rakyat terpaksa berdepan dengan kos hidup lebih tinggi, peningkatan kadar pengangguran, terutamanya di kalangan siswazah, kejatuhan harga saham dan syarikat-syarikat asing memilih untuk melabur di negara-negara jiran.

"Orang ramai tidak lagi mahu labur di Malaysia.

"Syarikat-syarikat Jepun menarik diri dan pergi (melabur) di Vietnam," kata Mahathir.

Walaupun bersetuju bahawa kelembapan ekonomi di Asia dan tempat-tempat lain di seluruh dunia, namun katanya "faktor-faktor dalaman" yang disebutkan juga mempengaruhi kemerosotan ekonomi semasa negara.

Menurut majalah, The Economist dalam laporan Ogos 2015, ringgit jatuh sebanyak 9.8 peratus berbanding dolar Amerika - penurunan yang ketara berbanding dengan baht Thailand yang merosot 6.4 peratus.

[Baca berita penuh]

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS