Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Adnan bukan ulama, tak layak digelar Teungku'
Diterbitkan:  Mar 15, 2016 2:36 PM
Dikemaskini: 6:45 AM

Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia terus mempertikai gelaran Tengku yang digunakan oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Presidennya, Kamarul Azman Habibur Rahman berkata menerusi kajian pihaknya tidak ada gelaran 'Tengku' di Acheh kerana gelaran itu hanya digunakan di Malaysia.

"Gelaran Teungku di Acheh diberikan kepada seseorang yang mempunyai pengetahuan agama Islam yang sangat mendalam.

"Gelaran ini selalunya diberikan kepada seorang ulamak yang telah menghafal surah-surah Al Quran. Ini seperti penghormatan kepada seorang bijak pandai dalam agama.

"Tetapi Adnan bukanlah seorang ulamak. Jadi beliau tidaklah layak diberi gelaran Teungku. Gelaran Teungku tidak boleh diturunkan kepada seorang anak atau keturunan kerana ia bukan gelaran keturunan," katanya," katanya pada satu kenyataan di Facebook .

Menurut Kamarul, kebiasaannya gelaran 'Teungku' akan disusuli dengan asal usul tempat seseorang itu di hujung namanya.

"Sebagai contoh Teungku Hassan di Tiro (Tiro ialah nama tempat). Jadi Adnan bolehlah digelar sebagai Teungku Adnan di Putrajaya," sindirnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata sekiranya Adnan mempunyai darah pahlawan bangsawan dari Acheh, sudah pasti ejaan pada namanya ialah Teuku dan bukan Teungku atau Tengku.

"Umum tahu bahawa Tan Sri P Ramlee seniman agung Malaysia berasal dari Acheh dan nama sebenarnya ialah Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh.

"Jika Adnan seorang golongan diraja mengapa pula beliau tidak menggunakan Teuku kerana gelaran inilah yang menunjukkan sesorang itu berasal dari keturunan bangsawan," katanya.

Lihat Komen
ADS