Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Spekulasi berhubung pengganti Zeti Akthar Aziz telah pun bermula susulan kontraknya bakal tamat bulan depan.

Beberapa nama dibangkitkan, termasuk yang paling popular Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar.

Bagaimanapun, bagi bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, siapa pun pengganti Zeti, orang itu haruslah jika tidak lebih baik pun, sekurang-kurangnya setara dengan penyandangnya.

Dan, lebih penting lagi, bagi Muhyiddin, ia tidak harus mempunyai sebarang kaitan dengan 1MDB, syarikat pelaburan negara sarat hutang cetusan ilham Najib.

Perkara itu dijelaskan Muhyiddin dalam wawancara bersama Malaysiakini di pejabatnya di ibu negara minggu lepas.

Timbalan presiden Umno yang digantung tugas itu turut menyentuh berhubung kepentingan agensi penguatkuasaan mendapatkan kepercayaan orang ramai.

Beliau juga ditanya sama ada beliau menyesal menyokong peralihan kuasa daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang terkenal dengan usaha menambah baik institusi penguatkuasaan, kepada Najib sebelum ini.

Berikut sedutan wawancara Malaysiakini dengan Muhyiddin:

Malaysiakini : Tan Sri Nampak confident dengan Zeti, tapi kontrak Zeti habis bulan depan.

Muhyiddin: Ya, saya diberitahu pada waktu itu, Zeti kata tak mahu sambung. Siapa pengganti wallahualam .

WSJ ( The Wall Street Journal ) kata Tan Sri Irwan Serigar. Ramai yang tak puas hati dengan tindakan itu. Saya tak mahu sebut sebab saya tidak ada privilange untuk sebut. Tapi pentingnya untuk ganti, kalau tak lebih baik tapi sama tara dengan Zeti.

Bank Negara institusi terpenting untuk mengawal sistem dan regulate kewangan dan orang yang nak duduk di situ mesti orang yang sebaik mungkin, contohnya tak ada kaitan dengan 1MDB.

Saya tidak kata dia bersalah. Dan hal yang boleh menimbulkan syak wasangka, soal sistem perbankan (mesti ada) trust, confident, credibility.

Jadi saya harap kerajaan kena meneliti mereka yang layak untuk mengambil alih tempat Zeti.

Jadi di mana kita mahu letakkan kepercayaan? Dulu task force nak siasat 1MDB ada empat badan, Bank Negara, polis, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), AG (peguam negara). Dalam keadaan sekarang rakyat nak lebih daripada itu. Kepercayaan rakyat nak sandarkan pada badan yang mana?

Itu sebabnya seluruh institusi penguatkuasaan sudah dicemari enggan campur tagan kuasa lain. institusi dilihat tidak boleh diyakini, dipercayai malahan mungkin hilang kredibiliti. Bukan kerana keupayaan mereka tapi kerana campur tangan tadi.

Ini merosakkan dan dengan sebab itu hilang keyakinan rakyat dan ke mana lagi harapan kita kerana yang diharapkan sebab ada gangguan? Bagaimana nak harap keadilan dan perkara betul kita temui kerana ada kuasa luar nak mencampuri urusan?

Saya sukar menjawab. Pasal sepatutnya, pihak terlibat jangan campur tangan. Kita kemukakan kerana perdana menteri orang yang berkepentingan. Walaupun dia berkuasa dan berkepentingan dalam kes seperti 1MDB, sepatutnya dia jangan terlibat. Barulah institusi badan penguatkuasaan berfungsi dengan bebas.

Barulah siasatan dibuat bukan atas tekanan tapi fakta. Lebih malang lagi peguam negara tak beri pertimbangan yang bijaksana. Saya mendengar pihak perundangan kata ia bukan absolute dan mutlak. Kalau sudah diperakukan oleh SPRM sudah jelas. Seharusnya dia tak perlu jadi hakim kerana keputusannya (harus dibuat) mahkamah.

Kenapa tak bagi laluan pada mahkamah? Saya bukan peguam dan sebagai orang biasa saya lihat ia tidak adil. Ini menjadi tanda tanya dan banyak pihak berkata ia seharusnya tidak begitu.

Kalaulah institusi yang telah tertubuh sekian lama untuk menjaga kepentingan rakyat, harus bebas, ia harus diberikan kebebasan itu, hak mereka supaya dapatlah rakyat lihat ia dilakukan secara adil. Tidak boleh campur tangan.

Ketika era Pak Lah (Abdullah) dulu, Pak Lah usulkan idea untuk kuatkan institusi seperti SPRM, dari BPR jadi SPRM. Apa yang berlaku sekarang nampak terbalik. Tan Sri menyesal menolak Pak Lah dulu, dan menaikkan Datuk Seri Najib?

Tak, tak, tak, itu soal lain. Saya tidak pernah menyesal kerana saya fikir tindakan saya itu betul, ikut keadaan, walaupun hasilnya berubah tidak seperti yang kita semua jangkakan. Tetapi saya fikir langkah saya tidak silap kerana ketika saya gesa Pak Lah berundur dan berubah pimpinan, BN masih menang. Saya buat telahan awal, kalau tidak buat begitu pasti BN kalah. Walaupun merosot masih menang.

Lepas daripada itu, apa yang berlaku... tidak ramai yang dapat menjangkakan apa yang berlaku. Kita tak boleh kata langkah dulu salah. Macam Tun M, saya kata dulu patut dia (Najib). Tapi rupanya silap saya, siapa yang akan dapat tahu sepuluh tahun ke hadapan, sukar untuk kita ramalkan.

Lihat Komen
ADS