Penduduk Baram bergembira semalam apabila mereka mendapat tahu kerajaan Sarawak memansuhkan gazet yang memperuntukkan tanah warisan mereka untuk membina sebuah empangan dan takungannya.
Peguam mereka, Harrison Ngau, menerima pemberitahuan mengenai pemansuhan itu dari pejabat undang-undang negeri, dalam surat bertarikh 15 Mac.
Gazet itu dimansuhkan pada 18 Februari, surat itu diturunkan.
Ia selepas Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem membayangkan dewan undangan negeri nybgjub dibubarkan dalam masa beberapa "hari".
Empangan itu menjad isu utama di Baram, yang merupakan kerusi Parlimen yang hangat dipertandingkan dalam pilihan raya umum 2013. Calon BN menang tipis 194 undi untuk menewaskan calon PKR.
Dua kerusi dewan undangan negeri di Baram ialah Telang Usan dan Marudi.
Penduduk Long Keseh, Na'ah dan Long Tap telah mengheret kerajaan ke mahkamah berhubung dengan dua gazet untuk empangan Baram.
Gazet tersebut adalah untuk tapak empangan dan kawasan kawasan takungan empangan itu.
Gazet itu telah memansuhkan hak 20,000 penduduk daripada kira-kira 30 perkampungan ke atas tanah adat mereka.
Sekatan untuk menghalang projek empangan itu telah dibuat pada bulan Oktober 2013.
Adenan mengumumkan penggantungan kerja-kira di empangan Baram Julai lalu.
Dalam satu kenyataan lewat semalam, kumpulan alam sekitar dan hak orang asal, Save Rivers, berkata ia adalah hasil perjuangan yang sekian lama oleh penduduk kampung terbabit.
"Saya mengucapkan tahniah kepada penduduk Baram atas kejayaan besar ini dan saya berdoa agar mereka akan terus memperjuangkan hak-hak dan perlindungan alam sekitar mereka," kata Pengerusi Save Rivers, Peter Kallang.
"Saya harap bab mengenai empangan Baram kini ditutup untuk selama-lamanya."
