BERITA Malaysiakini

Dua Abdulaziz - 'penderma' Najib atau seorang pembunuh

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Adakah putera Arab Saudi yang didakwa menyalurkan jutaan dolar Amerika Syarikat ke akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu adalah bekas gabenor Madinah atau seorang pembunuh yang disabitkan kesalahannya?

Itu adalah antara soalan yang ditimbulkan oleh penonton dokumentari terbitan Australian Broadcasting Corporation (ABC) berhubung surat yang kononnya dari keluarga diraja Arab yang memberitahu Najib "untuk berbuat sesuka" dengan derma yang disumbangkan oleh putera berkenaan.

Ini adalah kerana lambang surat rasmi itu menunjukkan ia adalah pejabat peribadi "Saud Abdulaziz Majid al Saud" manakala surat itu pula kononnya ditandatangani oleh "HRH Putera Saud Abdulaziz Al-Saud".

Putera Abdulaziz Majid adalah cucu kepada Allahyarham Raja Abdulaziz - raja pertama keluarga Saud. Beliau adalah gabenor kota suci Madinah pada masa surat itu ditulis iaitu bertarikh, 1 November, 2011.

Bapa Putera Abdulaziz Majid adalah Putera Majid Abdulaziz, anak kepada Raja Abdulaziz.

Walau bagaimanapun, kekeliruan timbul sekiranya seseorang menyelidiki latar belakang "Putera Saud Abdulaziz Al-Saud" atau Putera Abdulaziz, kerana terdapat seorang lagi putera Arab dengan nama yang sama iaitu seorang pembunuh yang didapati bersalah telah menjalani hukuman penjara seumur hidup di United Kingdom semasa surat itu dikeluarkan.

Putera yang disabitkan kesalahan membunuh itu adalah Putera Saud Abdulaziz Nasir Al-Saud, yang sejak itu dilaporkan telah dihantar pulang ke negara asalnya untuk menjalani hukuman.

Daripada dua nama putera itu, perbezaannya tidak banyak tetapi nama bapa mereka adalah hampir sama.

Putera yang kononnya menderma dengan murah hati kepada Najib itu menurut surat dalam laporan ABC adalah Putera Abdulaziz Majid yang adalah Abdulaziz anak kepada Majid.

Sementara putera Arab Saudi yang didapati bersalah kerana membunuh dan menjalani hukuman penjara seumur hidup itu adalah Putera Abdulaziz Nasir, atau Abdulaziz anak kepada Nasir.

[Baca berita penuh]