Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPRM: Jangan gunakan Kevin Morais sebagai ‘bola politik’
Diterbitkan:  Mar 31, 2016 8:00 PM
Dikemaskini: 12:13 PM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini merayu supaya kematian Timbalan Pendakwa Raya Kevin Morais tidak dijadikan sebagai ‘bola politik’ susulan dokumentari ‘Four Corners’ terbitan Australian Broadcasting Corporation ( ABC ) yang mengaitkan pembunuhannya dengan 1MDB dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Kematian Kevin adalah tragedi.

"Beliau harus dibenarkan untuk bersemadi dengan tenang dan tidak digunakan seperti bola politik," kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed dalam satu kenyataan hari ini.

Abu Kassim menegaskan bahawa Morais tidak terbabit dalam dakwaan penggubalan kertas pertuduhan terhadap perdana menteri.

"Kevin dipindahkan dari SPRM pada Julai 2014, setahun sebelum siasatan 1MDB bermula, dan tidak pernah menghadiri mana-mana mesyuarat khas pasukan petugas yang dipengerusikan oleh bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

"Kami ingin merekodkan bahawa SPRM tidak pernah mendapatkan nasihat Kevin berhubung kedua-dua perkara berkenaan.

"Oleh itu, Kevin tidak boleh, dan tidak terlibat dalam menulis apa-apa kertas pertuduhan berkaitan dengan 1MDB atau perdana menteri.

"Sebarang kenyataan yang bercanggah adalah palsu," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS