Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Panas terik tak halang peserta hadir himpunan anti-GST

Keadaan cuaca yang panas terik tidak menghalang lebih daripada 1,500 peserta daripada membanjiri jalan-jalan dari kompleks beli-belah Sogo menuju ke Dataran Merdeka bagi menyertai perhimpunan membantah Cukai dan Perkhidmatan (GST).

Peserta juga menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Suasana yang seolah-olah suatu karnival itu menyaksikan peserta datang dalam baju -T hitam sambil membawa plakad yang mempamerkan bantahan mereka terhadap GST dan Najib.

Gerai jualan barangan anti-GST dan 'Undur Najib' berderetan sepanjang jalan dengan tidak kurang juga yang mengambil peluang untuk menjual air botol dan makanan ringan.

Berbeza dengan perhimpunan sebelum ini yang bergema dengan slogan 'Bebas Anwar' dan 'Reformasi, kali ini peserta melaungkan 'Mansuh GST' dan juga 'Najib pui!'.

Ketika ini, peserta perhimpunan sedang berlegar-legar di hadapan Dataran Merdeka kerana akses dan laluan mereka telah disekat oleh polis.

Yang menarik, perhimpunan hari ini terdiri daripada sebahagian besar peserta Melayu.

Ini bertentangan sama sekali dengan perhimpunan BERSIH 4 tahun lalu yang menyaksikan lebih ramai masyarkat Cina sehingga mencetuskan Gerakan Merah yang dikaitkan dengan Umno membuat perhimpunan susulan selang beberapa minggu kemudian.

Seperti perhimpunan lain yang dianjurkan oleh pembangkang, majlis hari ini menyaksikan pemimpin Pakatan Harapan membuat ucapan terutama mendesak peletakan jawatan Najib dan membidas GST, yang genap setahun dilaksanakan tahun lalu, semalam.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dalam ucapannya menggesa rakyat untuk berkumpul setiap minggu bagi menuntut perletakan jawatan Najib.

“Kalau kita jumpa setiap minggu, Najib akan undur Kerajaan kuat macam mana pun akan jatuh juga."

Sambil merakamkan penghargaan kepada pihak polis dan anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Rafizi berkata beliau yakin bahawa mereka juga, jauh di dalam hati, mahu Najib meletakkan jawatan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS