Tujuh pelajar universiti yang digantung pengajian mereka selepas dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menyertai perhimpunan haram pada 2001, terpaksa menunggu bagi kali ketiga, untuk mengetahui nasib mereka, selepas Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menangguhkan lagi keputusannya hari ini.
