Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hanipa pengsan di Parlimen, dikejarkan ke hospital

Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin dikejarkan ke hospital selepas pengsan semasa menghadiri sidang Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum itu, berlangsung perdebatan hangat apabila ahli parlimen PSM, Dr Michael Jeyakumar mencadangkan rang undang-undang Syarikat 2015 dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan.

Hanipa juga rancak berbahas dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin .

Timbalan speaker, Datuk Ronald Kiandee kemudian membenarkan sidang berehat selama 15 minit.

Pada kejadian kira-kira 5.30 petang itu, Hanipa dikatakan secara tiba-tiba mengalami pening kepala dan kelihatan tidak bermaya.

"Semua orang bangun masa rehat (kecuali beliau).

"Dia hanya terduduk dan tidak boleh bangun, (Ahli Parlimen Klang) Charles Santiago dan saya mendekati dan menyapanya tetapi beliau tidak jawab," kata Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran.

Pegawai perubatan kanan yang ditempatkan di klinik di Parlimen, Dr B Sugumaran yang merawatnya, kemudian memutuskan untuk menghantar pemimpin AMANAH itu ke hospital kerana bimbang beliau mengalami strok.

Menurut Kulasegaran, Hanipa sebelum itu memberitahu bahawa beliau berasa loya dan lemah.

"Nasib baik kita ada ambulans di sini.

“Pada tahun 1964, kita tidak mempunyai ambulans, speaker (Tan Sri Mohamed Noah Omar) meninggal dunia," katanya.

Hanipa adalah ahli parlimen Sepang sejak 2013 di bawah tiket PAS sebelum menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) tahun lalu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS