Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
LTAT bayar gratuiti majoriti pesara tentera di senarai Rafizi
Diterbitkan:  Apr 4, 2016 9:37 PM
Dikemaskini: 1:39 PM

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) hari ini berkata pihaknya telah membayar sebahagian besar pesara tentera dalam senarai yang dikemukakan oleh Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, yang didakwa masih belum menerima bayaran mereka.

Pengerusi LTAT Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor berkata, daripada 110 nama dalam senarai itu, 70 telah menerima bayaran mereka.

Beliau juga berkata terdapat kesilapan dalam senarai yang dikemukakan oleh Rafizi kerana seorang daripada anggota itu sebenarnya telah memohon dan dibayar sepenuhnya lebih sembilan tahun lalu.

“Lebihan baki 69 pencarum dibayar antara 16 Mac 2016 tempoh 24 jam setelah LTAT menerima dokumen yang lengkap dan diluluskan dari Urusan Gaji Angkatan Tentera,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Rafizi mengemukakan senarai berkenaan pada 31 Mac untuk menyokong dakwaannya bahawa LTAT menghadapi masalah kewangan dalam membayar pampasan kepada pesara tentera.

Beliau mendakwa masalah kewangan LTAT berpunca akibat kegagalan 1MDB membayar anak syarikatnya, Perbadanan Perwira Harta Malaysia sebanyak RM396.41 juta kerana bertindak sebagai kontraktor turnkey kepada firma pelaburan negara itu.

1MDB dan LTAT masing-masing menegaskan bahawa tidak ada bayaran tertunggak antara kedua-dua entiti berkenaan.

Mengulas lanjut, Anwar berkata LTAT baru sahaja menerima dokumentasi daripada UGAT daripada 23 pesara tentera untuk pemprosesan manakala 16 lagi kes menunggu dokumentasi.

Satu lagi permohonan lain tidak dapat diproses kerana kegagalan pengesahan cap jari, walaupun individu berkenaan telah dihubungi, menjadikan jumlah keseluruhan 110.

Oleh itu, Anwar berkata dakwaan Rafizi adalah tidak benar dan LTAT telah memulakan tindakan undang-undang terhadapnya.

Beliau juga membidas Rafizi kerana mendedahkan bahawa baki tunai LTAT hanya berjumlah RM561 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2013, iaitu separuh daripada apa yang dimiliknya pada tahun 2014 iaitu RM1.117 bilion.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS