Nousi Guin tidak dapat tidur nyenayk sejak Februari 2008.
Ia selepas dia mendapat tahu bahawa kerajaan negeri telah memberi kelulusan bagi pihak berkuasa menjalankan kajian kemungkinan dan mengemukakan cadangan teknikal untuk pelaksanaan projek Empangan Kaiduan di perkampungannya - Ulu Papar.
Menurut laporan The Rakyat Post pada bulan Mac, 2015, dianggarkan 2,000 penduduk asal Kadazandusun akan kehilangan tempat kediaman, kehidupan dan warisan mereka, sekiranya Empangan Kaiduan dibina.
Nousi berikrar dia tidak akan berdiam diri dan hari ini beliau mengetuai gerakan - Badan Bertindak Bantah Empangan Kaiduan (Takad).
Takad baru-baru ini mengumumkan bahawa pihak berkuasa perlu berunding dan mendapatkan izin penduduk kampung Ulu Papar sebelum penyelidik dibenarkan dijalankan Penilaian Kesan Sosial (SIA) untuk Empangan Kaiduan yang dicadangkan.
Jika penduduk kampung membuat keputusan tidak mahu membenarkan penyelidik dari Institut Kajian Pembangunan (IDS) Sabah melawat mereka, maka mereka akan membentuk satu sekatan.
Pada taklimat minggu lalu yang dianjurkan oleh Jabatan Air Sabah, Takad memaklumkan kepada seorang wakil IDS bahawa gerakan itu tidak dapat bercakap bagi pihak masyarakat di situ dan perlu mengadakan perbincangan dengan mereka.
