Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tunjukkan bukti, cabar Arul Kanda
Diterbitkan:  Apr 13, 2016 6:20 PM
Dikemaskini: 10:24 AM

Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy hari ini membalas cabaran Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tonya Pua untuk menyedia bukti atas tuduhan yang beliau anggap sebagai berniat jahat.

“Merujuk kepada kenyataan Tony Pua pagi ini, saya tanpa ragu-ragu dan muktamad menafikan bahawa saya tahu sebelum ini mengenai pembubaran firma Aabar BVI, selain apa yang saya baca dalam laporan media baru-baru ini. Saya cabar Tony untuk mengemukakan bukti atas tuduhan berniat jahat ini.

"Dengan penafian oleh IPIC dan pengumuman oleh Pejabat Peguam Negara baru-baru ini, menyatakan 1MDB mungkin menjadi mangsa penipuan, 1MDB sedang menerokai semua pilihan yang ada kepada kita. Pengumuman lanjut akan dibuat dalam masa terdekat," katanya dalam kenyataan.

Pagi ini, Tony berkata, Arul Kanda seharusnya disiasat kerana menutup penipuan berbilion dolar 1MDB-IPIC-Aabar walaupun menyedari sepenuhnya bahawa ianya adalah syarikat palsu.

Bukti paling nyata adalah bahawa Aabar BVI digulung 10 bulan lalu iaitu pada bulan Jun 2015, enam bulan selepas Arul Kanda menerajui firma dana milik negara itu, kata Tony.

"Persoalannya sekarang ialah, mengapa Arul Kanda menyembunyikan maklumat ini daripada rakyat Malaysia dan gagal untuk mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang berkaitan dalam penipuan itu, termasuk pegawai 1MDB yang terlibat, Aabar BVI palsu dan pegawai-pegawainya?

"Pelantikan Arul Kanda adalah pada bulan Januari 2015, enam bulan sebelum Aabar BVI dibubarkan. Jika beliau menyembunyikan maklumat ini penting, maka beliau mesti disiasat kerana menjadi sebahagian daripada penipuan itu," tambah Tony lagi.

Mengulas lanjut, Arul Kanda menambah, walaupun tahu kebenarannya, Tony terus memberi tafsiran yang salah kepada awam.

"Tony terlupa untuk menyebut 1MDB membeli aset penjana kuasa pada harga sekitar RM12 bilion dan menjual balik pada harga RM9.83 bilion, tetapi firma itu turut menerima sekitar RM2 bilion dalam bentuk dividen tunai sepanjang tempoh pemilikan.

"Ini menyebabkan jumlah perolehan menjadi RM11.83 iaitu tunai atas tunai, hampir pulang modal," katanya lagi.

Tambahnya lagi, Tony tahu mengenai perkara ini kerana direkodkan dalam hansard semasa penerangan sesi siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), yang mana Tony mahu sembunyikan dan menyampaikan tafsiran salah kepada rakyat Malaysia.

Laporan PAC, yang beliau (Tony) sendiri luluskan secara kolektif, telah dibentangkan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sedang menjalankan siasatan.

"Tony seharusnya membiarkan pihak berkuasa menjalankan kerja mereka," ujar Arul Kanda lagi.

Lihat Komen
ADS