Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKR Sarawak tolak konsensus agihan kerusi Pakatan Harapan
Diterbitkan:  Apr 15, 2016 3:28 PM
Dikemaskini: 10:19 AM

PKR Sarawak hari ini menolak konsensus agihan kerusi yang dibuat pada peringkat kebangsaan di kalangan sekutu Pakatan Harapan.

Ia mengekalkan keputusan awal untuk bertanding di 40 kerusi pada pilihan raya negeri 7 Mei ini.

Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian berkata beliau telah memaklumkan keputusan berkenaan kepada ibu pejabat kebangsaan PKR.

Dengan keputusan ini, menurutnya, kedua-dua PKR dan sekutunya, DAP akan mempunyai tuntutan bertindih di empat atau lima kerusi.

Isnin lalu, Majlis Presiden Pakatan Harapan dilaporkan berjaya menyelesaikan semua tuntutan bertindih di meja rundingan.

DAP Sarawak hari ini mengumumkan bahawa ia akan bertanding di 29 kerusi berbanding 15 kerusi pada pilihan raya negeri 2011.

Walaupun Majlis Presiden masih belum memuktamadkan rundingan agihan kerusi, Baru berkata, PKR Sarawak mula melihat tanda-tanda bahawa mereka tidak dapat mematuhi arahan Majlis Presiden Pakatan Harapan.

PKR Sarawak juga membayangkan ia mungkin terpakasa menggunakan kuasa veto jika keputusan yang dibuat di peringkat nasional tidak selaras dengan apa yang telah diputuskan di peringkat negeri.

"Demi berlaku adil kepada ahli kami, dan dalam usaha untuk menegakkan integriti Majlis Presiden negeri berhubung tugas dan aku janji kami kepada calon-calon yang berpotensi, kami membuat keputusan untuk menggunakan kuasa veto.

"Kita telah nyatakan kepada pemimpin yang kita tidak dapat menerima keputusan yang dibuat di peringkat kebangsaan berhubung agihan kerusi," katanya dalam satu kenyataan.

Baru berkata PKR Sarawak amat bertolak ansur dalam tuntutan kerusi dengan hanya mahu bertanding di 40 kerusi berbanding 49 kerusi pada tahun 2011.

"Dengan tambahan sebanyak 11 kerusi di Sarawak, tuntutan kita tidak bertambah tetapi dikurangkan kerana kami sentiasa bersedia untuk berkongsi kerusi dengan rakan Harapan kami," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS