Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nazir cuti sementara siasatan ke atas AS$7 juta Najib
Diterbitkan:  Apr 18, 2016 12:31 PM
Dikemaskini: 6:16 AM

Pengerusi CIMB Datuk Seri Nazir Razak dilaporkan sedang bercuti untuk membolehkan siasatan bebas ke atas isu AS$7 juta.

Ini didedahkan dalam Instagram oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes, yang dikenali sebagai sekutu rapat tokoh perbankan itu.

Walaupun Fernandes tidak menyebut butirannya, adalah dipercayai beliau merujuk kepada jumlah wang yang diagihkan oleh Nazir bagi pihak abangnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bos Air Asia itu memuat-naikkan gambar AGM ke-59 Kumpulan CIMB dengan kapsyen, "Kelas tindakan Pengerusi CIMB Nazir Razak. Secara sukarela mengambil cuti mulai hari ini bagi membolehkan siasatan bebas berhubung pemindahan 7 juta. Demi manfaat tadbir urus korporat yang baik dan ketelusan."

Class act by Chairman of CIMB Nazir Razak. Voluntarily has taken leave from today to allow an independent investigation into the 7 million transfer. For the benefit of good corporate governance and transparency

A photo posted by Tony Fernandes (@tonyfernandes) on

Nazir menjadi sasaran bulan lalu selepas akhbar The Wall Street Journal memetik beliau sebagai mengesahkan bahawa dirinya menerima jumlah wang berkenaan daripada abangnya.

Wang itu kemudiannya diagihkan kepada ahli politik parti pemerintah mengikut arahan pemimpin parti.

Walau bagaimanapun, Nazir memberitahu WSJ bahawa beliau percaya wang itu adalah sumbangan daripada syarikat korporat dan individu di Malaysia untuk kegunaan pilihan raya, dan tidak pasti dana berkenaan dari sumber lain.

Berikutan laporan berkenaan, pengerusi CIMB itu kemudiannya dalam posting di Instagram, mengakui dirinya tidak sepatut membantu abangnya.

"Saya faham kemarahan (orang ramai), dan berdasarkan pengalaman, saya tidak sepatutnya.

"Saya andaikan dan percaya dengan niat baik bahawa dana itu adalah sah daripada kutipan dana politik," tulisnya.

Beliau menegaskan bahawa semua wang itu telah diagihkan sepenuhnya dan beliau tidak menyimpan walau sesen pun.

CIMB dijangka mengadakan sidang akhbar selepas Mesyuarat Agung Tahunan ke-59 petang ini.

Pada tengah hari tadi, harga saham CIMB susut satu sen kepada RM4.87, dengan 4.15 juta saham diurusniagakan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS