Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rafizi buat laporan ke atas Jho Low, gesa rakyat buat sama

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli hari ini membuat laporan polis terhadap taikun kelahiran Pulau Pinang Jho Low berhubung dakwaan beliau terlibat dalam skandal 1MDB.

Ini adalah yang pertama dalam siri beberapa laporan yang dirancang oleh ahli parlimen PKR itu terhadap pentadbiran 1MDB dan mereka yang dikaitkan dengan salah urus syarikat tersebut.

Laporan terhadap Low adalah kerana peranannya sebagai penasihat khas di syarikat asal 1MDB, iaitu Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA).

Semasa Low bersama TIA, firma itu menerbitkan RM5 bilion sukuk yang dijamin oleh kerajaan, walaupun ini bertentangan dengan keputusan lembaga pengarahnya.

Rafizi berharap orang ramai akan menyertainya dalam membuat laporan polis terhadap Low, berdasarkan contoh laporan yang akan beliau muat-naikkan di laman Facebook.

"Saya gesa seberapa ramai orang yang mungkin untuk membuat laporan polis sama di seluruh negara," katanya kepada pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.

Beliau berkata mereka yang membuat laporan itu boleh mengemas kininya di talian mengenai butiran laporan mereka supaya beliau boleh menjejaki perkembangan kes berkenaan.

Khamis lalu, Rafizi mengumumkan bahawa beliau akan menjadikan eksekutif kanan 1MDB, termasuk bosnya, Arul Kanda Kandasamy, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Shahrol Azral Halmi dan lembaga pengarahnya sebagai sasaran yang dikehendaki oleh rakyat.

Ini kerana, katanya berdasarkan laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB, mereka boleh didakwa dengan pelbagai kesalahan jenayah termasuk menghalang keadilan.

Beberapa pihak berkuasa asing, termasuk di Amerika Syarikat, Switzerland, Luxembourg, Singapura dan Hong Kong, sedang menyiasat dakwaan yang dikaitkan dengan Najib dan 1MDB.

Ketua Polis Negara, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar juga mengesahkan bahawa pihak polis telah membentuk satu pasukan khas untuk menyiasat laporan PAC.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS