Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pelan selesai hutang 1MDB kini meragukan, kata Moody's
Diterbitkan:  Apr 19, 2016 3:59 PM
Dikemaskini: 9:27 AM

Agensi penarafan kredit, Moody’s Investors Service (Moody’s) berkata, rancangan 1MDB untuk mengurangkan hutang berskala besar diragui selepas pengumuman International Petroleum Investment Company (IPIC) yang berpangkalan di Abu Dhabi untuk tidak lagi terlibat dalam usaha menyelamatkan firma itu.

"Yang pastinya sekarang ialah pertikaian dan kemungkinan penamatan tukaran aset-hutang meletakkan kemajuan dalam pelan rasionalisi hutang 1MDB dalam situasi meragukan," kata penganalisa kanan Moody, Christian de Guzman yang berpangkalan di Singapura, memetik Bloomberg .

Laporan Bloomberg juga merujuk kepada kenyataannya pada 11 Januari yang lalu berkaitan kesan perkembangan terbaru itu.

"Dalam kenyataan itu, firma menyebut dinamik hutang negara yang semakin buruk ekoran daripada ketidak mampuan untuk berdepan dengan harga komoditi yang rendah" atau penghabluran liabiliti kontingen yang besar mungkin memberi tekanan kepada panarafan Malaysia.

"Moody's memberi penarafan A3 kepada Malaysia, gred pelaburan keempat terendah," katanya.

IPIC dalam pengumumannya kepada Bursa Saham London semalam berkata, 1MDB dan Kementerian Kewangan (MOF) Malaysia telah tertunggak dalam hutangnya kepada dana Abu Dhabi sebanyak RM1.1 bilion.

Oleh itu, IPIC berkata, tanggungjawabnya dan anak syarikatnya, Aabar Investments PJS untuk mematuhi perjanjian adalah terbatal.

IPIC menyediakan AS$1 bilion kepada 1MDB

Di bawah perjanjian penyelamatan asal yang dimeterai pada 28 Mei 2015, IPIC pada 4 Jun tahun yang sama menyediakan AS$1 bilion kepada 1MDB untuk membayar semula AS$975 juta pinjaman kepada konsortium bank yang diketuai oleh Deutsche Bank, yang mendesak pembayaran semula awal.

IPIC juga menjangkakan tanggungjawab untuk membayar semua faedah daripada bon 1MDB bernilai AS$3.5 bilion.

Lihat Komen
ADS