Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ambiga: Penderma RM2.6b Najib mungkin rakyat Malaysia
Diterbitkan:  Apr 19, 2016 7:29 PM
Dikemaskini: 11:32 AM

Laporan berita terkini mencadangkan bahawa rakyat Malaysia tanpa mengetahui bahawa mereka mungkin adalah penderma yang menyumbangkan dana RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dakwa bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan.

Berhubung jumlah dana yang amat besar itu berasal dari penderma Arab Saudi, Ambiga secara berterus terang menggambarkan mereka yang menyokong teori itu sebagai "bodoh atau tidak jujur".

Menurut Ambiga, beliau langsung tidak mempercayai hujah bahawa keluarga diraja ArabSsaudi menghulurkan wang tersebut kepada perdana menteri.

"Cerita ini tidak pernah konsisten. Ia juga sukar dipercayai kerana tiada siapa yang akan memberi RM2.6 bilion kepada seseorang untuk melakukan apa yang mereka mahu.

"Memandangkan keadaan yang mencurigakan, ramai yang berpendapat bahawa wang itu datang daripada 1MDB.

"Pendedahan terbaru dari Wall Street Journal menunjukkan ini yang sebenarnya berlaku. Penderma adalah rakyat Malaysia, walaupun secara tidak sengaja, terpaksa dan tanpa disedari," katanya kepada Malaysiakini .

Laporan WSJ mendakwa bahawa sebahagian wang daripada syarikat palsu Aabar Investments PJS berakhir di Tanore Finance Corp yang juga berpangkalan di Kepulauan British Virgin, entiti sama yang memindahkan AS$681 juta ke dalam akaun bank peribadi Najib.

1MDB dilapor memindahkan AS$3.5 bilion kepada sebuah syarikat yang berpangkalan di Kepulauan British Virgin yang mempunyai nama yang sama dengan anak syarikat, International Petroleum Investment Company (IPIC) - Aabar Investments PJS - tetapi tidak mempunyai kaitan dengan firma milik dana Abu Dhabi itu.

Sementara itu, Ambiga turut mengulas mengenai kenyataan Menteri Luar Arab Saudi Adel Al-Jubeir bahawa kerajaan negara itu menyedari mengenai sumbangan berkenaan dan bahawa ia diberikan tanpa jangkaan sebarang balasan.

"Saya percaya apa yang dilaporkan itu tidak mewakli apa yang kita tonton dalam video itu (menteri mengulas mengenai perkara itu).

"Saya tidak fikir mana-mana individu yang waras akan mempercayai apa yang diperkatakan oleh menteri itu tanpa sokongan dengan dokumen.

"Anda tidak boleh tutup perkara (kes) itu berdasarkan komen sambil lalu," katanya merujuk kepada kenyataan menteri itu yang mengulas isu berkenaan di luar sidang kemuncak OIC di Istanbul.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS