Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MyWatch: SPRM mesti siasat firma senjatapi anak IGP

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat sama ada syarikat senjatapi milik keluarga Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mempunyai sebarang kontrak dengan kerajaan.

Pengerusi Badan Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), Datuk Seri R Sri Sanjeevan berkata, jika ada, maka ia berlaku konflik kepentingan.

Beliau memberitahu Malaysiakini demikian sebagai mengulas artikel Sarawak Report , yang mendakwa anak perempuan Khalid,Juwiza Khalid dan iparnya Mohd Isa Hussin adalah pemilik Nilai Arms & Ammunition (NAA).

Sanjeevan, bagaimanapun, berpendapat orang awam tidak harus dilarang daripada menjalankan perniagaan hanya semata-mata kerana dia adalah anak perempuan IGP.

Apabila dinyatakan bahawa IGP adalah orang yang akhirnya menandatangani sesuatu permit senjata, Sanjeevan bagaimanapun tidak bersetuju, dan berkata beliau percaya menteri dalam negeri yang berbuat demikian.

"Banyak permit senjata api telah dikeluarkan oleh menteri dalam negeri dan bukannya IGP," katanya.

Sanjeevan menyebut tentang ketua kongsi gelap Ah Hai, yang dikaitkan dengan serangan bom tangan di Bukit Bintang pada 2014, dengan mendakwa bahawa senjata api lelaki itu diluluskan oleh menteri dalam negeri dan bukannya IGP.

Bagaimanapun, laman web Polis Diraja Malaysia menyatakan permohonan untuk senjata api mesti diluluskan oleh ketua polis daerah, sebelum ia dikemukakan kepada ketua polis negeri dan kemudian diserahkan kepada ibu pejabat polis Bukit Aman untuk kelulusan IGP.

Polis kaji laporan

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Rahim berkata, sesiapa sahaja di negara ini mempunyai peluang yang sama untuk menjalankan perniagaan selagi ia mengikut undang-undang negara.

"Apa yang lebih penting ialah sebarang kerja atau perniagaan mesti mengikut undang-undang.

"Anak sesiapa sahaja mempunyai hak dan peluang yang adil, dan mereka juga perlu mematuhi undang-undang," beliau dipetik oleh New Straits Times sebagai berkata.

Ditanya sama ada polis akan menyiasat Sarawak Report berhubung artikel tersebut, Noor Rashid berkata polis akan meneliti kandungan artikel itu sebelum memutuskan tindakan seterusnya yang akan tindakan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS