Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

ULASAN Bagaimana kalau saya beritahu anda negeri di Malaysia yang kurang 2 peratus tenaga kerjanya bertanggungjawab ke atas hampir suku daripada keluaran ekonominya?

Bagaimana kalau saya beritahu anda lagi bahawa sekitar satu suku daripada tenaga kerja negeri itu hanya boleh menghasilkan kurang 15 peratus hasil ekonominya?

Anda pastinya akan merumuskan bahawa struktur ekonomi negeri itu sangat tidak setara.

Selamat datang ke negeri Sarawak, yang mana minyak telah ditemui pada 1910 di Bukit Kanada, Miri.

Melihat kepada pentingnya minyak dan gas di Sarawak, tidak hairan bahawa sektor ini merupakan bahagian penting kepada ekonomi Sarawak.

Menurut statistik tahun 2014, sektor perlombongan dan kuari merupakan 23.1 peratus daripada ekonomi Sarawak berbanding 0.2 peratus di Selangor, 1.2 peratus di Pahang dan 0.4 peratus di Johor.

Sebagai perbandingan, walaupun lebih ramai tenaga kerja Sarawak terlibat dalam pertanian, sektor ini hanya merupakan 14.5 peratus daripada ekonomi Sarawak. (Rajah 1 dan Jadual 1 di bawah)

Jadual 1: Pembahagian aktiviti ekonomi sebagai peratus daripada KDNK (negeri terpilih) 2014 (terma nominal)

Negeri

Pertanian

Perlombongan dan Kuari

Pembuatan

Pembinaan

Perkhidmatan

Johor

15.6%

0.4%

30.7%

4.8%

47.4%

Pahang

26.1%

1.2%

22.5%

3.0%

47.2%

Selangor

1.7%

0.2%

29.5%

6.1%

59.5%

Sarawak

14.5%

23.1%

27.2%

2.6%

32.4%

Sumber: Jabatan Statistik

Namun begitu, sektor perlombongan menggaji sekadar 15,800 pekerja atau 1.3 peratus daripada jumlah keseluruhan tenaga kerja seramai 1.18 juta pada tahun 2014.

Sebagai perbandingan, 313,000 pekerja atau 26.5 peratus daripada tenaga kerja Sarawak bekerja dalam sektor pertanian, perhutanan dan perikanan (Lihat Jadual 2 di bawah).

Angka besar dan peratus pekerja dalam sektor pertanian tidak memeranjatkan memandangkan 46 peratus kawasan di Sarawak dianggap luar bandar dan 44 peratus tenaga kerjanya berada di kawasan itu.

Jadual 2: Angka dan peratusan pekerja dalam sektor pertanian, perhutanan dan perikanan, perlombongan dan kuari serta pembuatan bagi negeri-negeri terpilih, 2014

Negeri

Jumlah (‘000 & %)

Pertanian, Perhutanan dan Perikanan

Perlombongan dan kuari

Pembuatan

Johor

1,594.0

(100%)

142.5

(8.9%)

3.1

(0.2%)

410.4

(25.7%)

Pahang

678.7

(100%)

147.9

(21.8%)

5.0

(0.7%)

73.9

(10.9%)

Selangor

2,912.3

(100%)

41.4

(1.4%)

26.1

(0.9%)

559.2

(19.2%)

Sarawak

1,182.3

(100%)

313.0

(26.5%)

15.8

(1.3%)

118.4

(10.0%)

Sumber: Soal selidik tenaga kerja 2014

Ini bermaksud 23.1 peratus pengeluaran Sarawak dikongsi oleh 1.3 peratus tenaga kerja dalam sektor perlombongan (terutamanya minyak dan gas) sementara 14.5 peratus pengeluaran Sarawak dari sektor pertanian dikongsi 26.5 peratus tenaga kerja.

Dari segi purata KDNK per pekerja, setiap pekerja dalam sektor perlombongan di Sarawak menghasilkan RM1.74 juta keluaran ekonomi setahun berbanding RM55,100 setiap seorang dalam sektor pertanian.

Dengan kata lain, seorang pekerja dalam sektor perlombongan menghasilkan keluaran sebanyak 32 kali ganda berbanding pekerja dalam sektor pertanian.

Kesenjangan yang serupa turut boleh dilihat dalam sektor pembuatan di Sarawak juga.

Jadual 3 di bawah menunjukkan pembahagian sektor pembuatan dijelaskan dalam peratusan daripada KDNK negeri (A) dan peratus tenaga kerja negeri di dalam sektor pembuatan (B).

Perbezaan antara (A) dan (B) ditunjukkan dalam lajur terakhir jadual 2.

Jadual 3: Peratusan pengeluaran berbanding tenaga kerja bagi sektor pembuatan negeri-negeri terpilih 2014

Negeri

Pembuatan sebagai % dari KDNK negeri (A)

% tenaga kerja negeri dalam sektor pembuatan (B)

  1. – (B)

Johor

30.7%

25.7%

5.0%

Pahang

22.5%

10.9%

11.6%

Selangor

29.5%

19.2%

10.3%

Sarawak

27.2%

10.0%

17.2%

Sumber: Maklum balas tenaga kerja (2014), KDNK mengikut negeri (2014)

Tidak memeranjatkan bahawa tenaga kerja negeri dalam sektor pembuatan dapat menghasilkan lebih daripada bahagiannya dari segi pengeluaran ekonomi.

Ini memandangkan sektor pembuatan selalunya lebih produktif dan menggunakan lebih banyak modal (seperti mesin) berbanding sektor-sektor pertanian dan perkhidmatan (kebanyakannya kerja buruh).

Namun perbezaan ini paling besar di Sarawak, berbanding empat negeri yang ditunjukkan di atas.

Sebanyak 10 peratus daripada tenaga kerja dalam sektor pembuatan menghasilkan 27 peratus pengeluaran di Sarawak berbanding 19.2 peratus tenaga kerja pembuatan yang menghasilkan 29.5 peratus pengeluaran di Selangor.

Bagaimana kita boleh mengambil kita perbezaan ini?

Hasil daripada Sarawak Corridor of Renewable Energy (Score) dan industri pembuatan berkait sektor minyak dan gas, kebanyakan aktiviti pembuatan di Sarawak tertumpu kepada industri intensif tenaga seperti peleburan aluminium, loji keluli, dan loji penapisan petroleum.

Menurut maklum balas tahun 2008-2009 bagi industri pembuatan, 68 peratus daripada sektor pembuatan di Sarawak adalah terdiri daripada produk kok dan keluaran petroleum tertapis.

Justeru, bilangan pekerja yang lebih kecil dan tertumpu kepada bilangan syarikat yang kecil mampu menghasilkan bahagian keluaran ekonomi yang tidak seimbang.

Ini dapat dilihat dalam Jadual 4 di bawah yang menunjukkan statistik industri pembuatan yang paling ke depan dalam tahun 2010.

Dengan hanya 41 buah syarikat pembuatan termaju dan nilai keluaran bersih sebanyak RM55b, keluaran bersih di Sarawak adalah sebanyak RM1.35 juta berbanding RM327,000 di Selangor dan RM313,000 di Johor.

Ambil maklum bahawa 41 syarikat di Sarawak menggaji lebih dari 10,000 pekerja berbanding hampir 90,000 pekerja yang digaji 243 syarikat di Selangor dan juga hampir 70,000 pekerja di 169 syarikat di Johor.

Jadual 4: Statistik industri pembuatan termaju mengikut negeri, 2010

Neger

Bilangan syarikat

Nilai keluaran kasar (RM 000)

Keluaran kasar

Pekerja

Johor

169

52,924,560

313,163

69796

Pahang

56

14,205,783

253,675

8634

Selangor

243

79,590,617

327,533

89397

Sarawak

41

55,378,561

1,350,697

10367

Sumber: Banci ekonomi (2011) Pembuatan

Apabila kita menggabungkan minyak dan gas bersama sektor pembuatan, kita akan dapati bahawa 11 peratus daripada tenaga kerja Sarawak bertanggungjawab ke atas 50 peratus pengeluarannya.

Untuk 27 peratus tenaga kerja sektor pertanian, mereka harus berkongsi angka pengeluaran ekonomi lebih kecil sebanyak 14.5 peratus.

Sektor pertanian yang paling banyak terdapat di kawasan luar bandar, masih belum begitu terbangun dan tidak produktif sementara sektor minyak dan gas yang terletak di kawasan bandar (dan luar pesisir pantai) melonjak keseluruhan pengeluaran ekonomi Sarawak, namun hanya dikongsi oleh sebilangan kecil pekerja dan syarikat-syarikat besar yang menggaji mereka.

Jadi sekiranya seorang menteri Sarawak bermegah-megah bahawa KDNK per kapita negerinya adalah pada kadar RM44,437 bagi tahun 20014 lebih tinggi berbanding Selangor (RM40,701) dan Pulau Pinang (RM42,186), minta menteri tersebut nyatakan bagaimana keluaran ekonomi negeri Sarawak diagihkan di kalangan pekerja.

Ya, Sarawak adalah negeri yang sangat kaya tetapi bukan tenaga kerja luar bandar yang menikmati kekayaan ini.


DR ONG KIAN MING anggota parlimen DAP bagi kawasan Serdang. Beliau boleh dihubungi di [email protected].

Bahagian 1: Sarawak - Kisah dua wilayah

Lihat Komen
ADS