Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Arul nafi akui penipuan dalam 1MDB, dakwa media putar
Diterbitkan:  Apr 27, 2016 5:54 PM
Dikemaskini: 10:48 AM

Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy menuduh personaliti tertentu memutar kata-katanya mengenai kemungkinan berlakunya penipuan dalam 1MDB.

Menjelaskan kenyataannya, Arul Kanda berkata beliau pernah mengakui wujudnya penipuan dalam 1MDB tetapi berkata syarikat itu mesti terbuka kepada kemungkinan ia berlaku.

"Saya mesti jelaskan bahawa saya tidak pernah mengakui wujudnya penipuan seperti yang dakwaan pelbagai personaliti dan kemudiannya disalah dilaporkan oleh media tertentu.

"Apa yang saya kata adalah berdasarkan kenyataan Pejabat Peguam Negara Switzerland bertarikh 12 April, 2016, 1MDB kini mesti terbuka kepada kemungkinan berlakunya penipuan, iaitu bahawa ia tidak boleh diketepikan.

"Adalah dikesalkan bahawa pelbagai personaliti telah memilih untuk 'memutar-belitkan' kata-kata saya untuk melanjutkan agenda mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pejabat Peguam Negara Switzerland dalam satu kenyataan pada 12 April lalu berkata ia telah memperluaskan siasatan bagi memberi tumpuan kepada dua bekas pegawai Abu Dhabi yang berurusan dengan 1MDB.

Ia berkata bekas pegawai yang tidak dinamakan disyaki melakukan penipuan, jenayah salah urus, pemalsuan, rasuah dan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan perjanjian untuk membiayai pengambilalihan aset kuasa 1MDB.

Pejabat Peguam Negara Switzerland juga percaya bahawa wang 1MDB yang sepatutnya dibayar bagi jaminan pembiayaan itu telah disalurkan kepada pegawai-pegawai yang tidak dinamakan dan juga syarikat yang berkaitan dengan industri filem.

Mereka tidak menamakan syarikat perfileman itu kenyataan itu dibuat ketika siasatan Amerika Syarikat ke atas firma Red Granite, sebuah syarikat yang diasaskan bersama oleh anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Riza Aziz - yang disyaki menerima dana 1MDB.

UAE juga sedang menyiasat wang yang dialihkan itu yang dipercayai berjumlah sekurang-kurangnya AS$3.5 bilion yang sepatutnya disalurkan ke anak syarikat International Petroleum Investment Company (IPIC) yang dimiliki oleh Abu Dhabi bagi menjamin pembiayaan 1MDB.

Wang berkenaan tidak disalurkan ke anak syarikat IPIC - Aabar Investment PJS tetapi sebaliknya dialihkan kepada syarikat lain yang mempunyai nama yang hampir sama tetapi didaftarkan di British Virgin Islands.

Berikutan itu, Arul Kanda berkata terdapat kemungkinan "penipuan besar-besaran" dalam 1MDB dengan kerjasama pihak dalaman di Malaysia.

Lihat Komen
ADS