Malaysiakini
BERITA

Semua 1,754 pusat pengundian ditutup

Diterbitkan
Dikemaskini 7 Mei 2016, 10:32 pagi

Semua 1,754 pusat pengundian bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) ditutup tepat 5 petang ini, menurut kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Proses pengiraan dan penjumlahan undi sedang berlangsung sekarang.

SPR berkata keputusan pertama pilihan raya negeri itu dijangka diumum kira-kira 8 malam ini.

Sebanyak 1,085,087 pemilih berdaftar layak mengundi bagi memilih wakil rakyat mereka di 80 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN-11.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman berkata proses pilihan raya negeri itu berjalan lancar dan teratur tanpa berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.