Persatuan Agen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) menafikan dakwaan jenayah dan imej konservatif negara ini.
Presidennya Datuk Hamzah Rahmat (gambar) sebaliknya berkata Kuala Lumpur salah satu antara bandar paling selamat di dunia.
“Kuala Lumpur salah satu destinasi paling popular dan paling selamat.
“Terima kasih kepada pengetahuan umum dan maklumat dari mulut ke mulut, 12 juta pelancong asing dijangka melawat bandar ini tahun ini.
Beliau mengulas kenyataan dalam Persidangan Pelancongan Bandar Sedunia 2016, yang menyaksikan pengarah urusan The Winning Edge Bert van Walbeek memetik laporan laman web lain berkaitan bandar-bandar paling bahaya di Asia.
Ranking itu juga telah ditolak oleh Ketua Polis Begara Tan Sri Khalid Abbu Bakar yang berkata pelancong boleh bergerak bebas di jalan tanpa sebarang insiden.
Berhubung dakwaan van Walbeek berkaitan tanggapan tidak boleh minum bir di Malaysia, Hamzah berkata ia boleh diperoleh di kedai-kedai.
Malah, di kawasan bebas cukai seperti Langkawi, harganya hampir sama dengan minuman ringan.
Beliau juga berkata terdapat zon hiburan dengan 77 kedai, termasuk kelab malam terbesar di Asia, Zouk, di Jalan Tun Razak Kuala Lumpur.
Semalam, Van Walbeek dipetik oleh The Malay Mail Online sebagai mengetengahkan laporan Worldatlas.com yang menyenaraikan empat bandar di Malaysia sebagai paling bahaya di Asia.
Bandar-bandar itu adalah Kuala Lumpur (tempat kedua), Petaling Jaya (ketiga), Klang (kelima) dan Johor Baru (kesepuluh).
Laman web itu mendakwa Malaysia mempunyai kadar jenayah tinggi, termasuk kes ragut, penyeluk saku dan jenayah berat seperti pembunuhan, rogol dan rompakan.
