BERITA Malaysiakini

Dr M sendiri akan serah 1.27 juta tandatangan pada Agong

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan lebih 1.27 juta tandatangan menuntut pengunduran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah berjaya dikutip di seluruh negara.

Beliau juga berkata akan menyerahkan sendiri dokumen dinamakan Deklarasi Rakyat itu kepada Yang di-Pertuan Agong dan sedang mendapatkan perkenan untuk mengadap.

Katanya, walaupun sasaran sejuta tandatangan pada tahun ini berjaya dilaksanakan lebih awal, tandatangan lain akan terus diterima.

Mahathir berkata, sebanyak 1.07 tandatangan dikumpul melalui atas talian dan 200,000 lagi melalui pengedaran borang secara fizikal.

Sebanyak 50,000 lagi direkodkan di laman alternatif Change.org.

“Kami bukan hanya terima saja. Kami periksa setiap nama, tandatangan dan kad pengenalan.

“(Terdapat juga) sesetengah borang di atas talian, yang tidak diisi dengan betul. Kami rasa ini mungkin tidak asli.

“Kami tolak 253,000 borang, yang kami fikir tidak asli.

“Bila saya sebut 1.27 juta tandatangan, ini yang telah disemak dan ada di sini,” kata perdana menteri paling lama dalam sejarah Malaysia itu.

Beliau merujuk longgokan kertas yang diletakkan di tempat itu.

[Baca berita asal]

Belanjawan 2020
  • Infografik
    Carta & Graf
  • Kuiz
    Apa anda dapat?
  • Undian
    Suka atau tidak?
  • Laporan langsung
    Laporan langsung kami