Ketua pembangkang Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid yang merupakan ADUN Teluk Ayer Tawar dari BN mempersoalkan tujuan kerajaan negeri yang dilihat tidak berminat untuk mewartakan gazette Pulau Jerejak sebagai taman negeri.
Jahara berkata, Seksyen Section 10 (1) Akta Perhutanan Kebangsaan 1984 membenarkan Pulau Jerejak untuk diberikan peruntukan taman negeri.
Persoalan tersebut, katanya, sejajar dengan kebimbangan beliau mengenai pulau itu, yang terletak berhampiran Bayan Baru, akan digunakan untuk tujuan pembangunan.
Buat masa ini, hanya ada sebuah hotel iaitu Jerejak Resort and Spa di pulau itu, yang dimiliki dan diuruskan secara bersama oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan UDA Holdings Berhad.
“Kami takut dalam keghairahan untuk pembangunan, kawasan yang disimpan untuk taman negeri akan dibangunkan jua.
“Kami tidak mahu ikan negeri ini hilang begitu sahaja,” Jahara memberitahu media semasa sidang akhbar di dewan undangan negeri Pulau Pinang di George Town, hari ini.
“Kerajaan negeri harus menjelaskan kenapa mereka menangguhkan proses mewartakan kawasan itu sebagai taman negeri,” tambah Jahara.
Sebelum ini, Pulau Jerejak pernah didakwa menerima nama baru iaitu Pulau Mazu dengan sebuah tokong besar juga dibina di kawasan itu oleh pihak pembangkang sehingga menyebabkan pertikaman lidah antara ADUN DAP dan BN.
Pada masa yang sama, ADUN Pulau Betong, Muhammad Farid Saad bertanya sekiranya kawasan itu akan dibangunkan oleh pihak ketiga selain PDC dan UDA.
Sementara itu, ahli majlis eksekutif bagi alam sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh berkata, kawasan taman negeri itu sedang dalam proses untuk diwartakan.
“Sabar; ia dalam proses untuk dimuktamadkan, dan apabila telah siap, kawasan itu akan menjadi cantik dan bebas asap,” tambah Phee.
