Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Bekas pegawai bank BSI cuba sembunyi aliran wang 1MDB'
Diterbitkan:  May 20, 2016 11:00 AM
Dikemaskini: 3:09 AM

Mahkamah Singapura semalam di maklumkan bahawa bekas pegawai bank BSI Singapura Yeo Jiawei cuba menyembunyikan jejaknya dengan mengarahkan yang lain memadamkan e-mel dan menjadikan diri mereka tidak boleh diperolehi apabila pihak berkuasa mahu menyoal-siasat mereka.

Peguamcara II republik itu, Kwek Mean Luck berkata demikian ketika memohon tambahan reman dua hingga tiga minggu lagi ke atas Yeo yang ditahan berhubung siasatan ke atas bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.

"Adalah dipercayai bahawa tertuduh mungkin juga mengarahkan yang lain untuk menindas dan mengubah-suai maklumat," kata The Edge Singapura memetik Kwek.

Menurut akhbar itu, Kwek dilaporkan berkata Yeo memainkan peranan penting di dalam kes itu sejak tiga tahun lalu.

Yeo berdepan tujuh pertuduhan pengubahan wang haram dan penyelewengan yang berkaitan dengan SRC.

Peguam Yeo, Philip Fong, bagaimanapun berhujah pihak penyiasat sudahpun mengetahui maklumat yang menurut mereka sedang dicari itu.

Beliau berkata Yeo telah disiasat sejak tahun lalu dan sepanjang tempoh berkenaan, beliau sentiasa disoal siasat .

"Tiada apa-apa lagi tertuduh boleh kata, semuanya sudah diperkatakannya,” kata Fong.

"Tertuduh nampaknya sudah pun menjalani hukumannya," katanya.

Yeo, 33, adalah seorang pengurus bank Swiss BSI, di cawangan Singapura yang sebelum ini telah didenda oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat kerana membantu dalam pengelakkan cukai dengan menggerakkan dana golongan kaya raya.

Menurut dokumen yang dikemukakan kepada mahkamah Singapura, BSI mengendalikan akaun untuk 1MDB, ahli perniagaan Jho Low yang berperanan penting dalam penubuhan firma pelaburan negara itu dan Aabar Investments PJSC, milik Abu Dhabi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS