Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mahathir akan turun PRK, pastikan BN kalah
Diterbitkan:  May 23, 2016 6:46 PM
Dikemaskini: 10:48 AM

Tidak seperti Sarawak, Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan akan turut berkempen menentang BN dalam dua pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar bulan depan.

“Tun Mahathir sudah kata dalam kenyataan terbuka.

“Tun Mahathir kata dia nak turun Kuala Kangsar dan Sungai Besar,” kata bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Ditanya sama ada beliau akan berkempen untuk Pakatan Harapan, Khairuddin menjawab:

“Nampaknya begitulah kerana Tun Mahathir sangat konsisten. Dia kata apa pun kena kalahkan BN.

Malah, kata Khairuddin, jika PAS bertanding pun sokongan harus diberikan kepada parti Islam itu.

Kerusi parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar, yang dimenangi BN dalam pilihan raya umum lalu kosong berikutan kematian anggota parlimennya dalam nahas helikopter di Sarawak pada 5 Mei lalu.

Pilihan raya kecil untuk kedua-dua kawasan itu akan diadakan pada 18 Jun depan.

Lihat Komen
ADS