Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MAS jangan ulang kesilapan, lantik CEO Bumiputera
Diterbitkan:  May 24, 2016 3:47 PM
Dikemaskini: 7:52 AM

Malaysia Airlines Berhad (MAS) tidak bersedia untuk bersaing di bawah dasar 'langit terbuka' selepas pembuangan pekerja dan penjualan pesawat, kata bekas Pengarah Urusan MAS, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman.

Keadaan ini berlaku setelah Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) melantik Christoph R Mueller sebagai teraju utama firma penerbangan nasional itu yang telah melaksanakan keputusan strategik berkenaan yang mengurangkan daya saingnya, kata Abdul Aziz yang kini menjalankan perkhidmatan guaman.

Dalam pertemuan dengan Malaysiakini di luar Mahkamah Magistret Kuala Lumpur, Abdul Aziz berkata, keputusan membuang ribuan pekerja itu bukan langkah yang tepat bagi MAS.

"Pembuangan ribuan pekerja bukan langkah terbaik. Jika dana yang ada digunakan sebaiknya, ia (pembuangan pekerja) tidak perlu berlaku," katanya, sambil merujuk kepada langkah penstrukturan semula Khazanah bernilai RM6 bilion.

Lebih teruk daripada itu, MAS mungkin terpaksa menanggung lebihan kos bagi mendapatkan semula aset-aset yang pernah dilupuskan itu.

Pada bulan Ogos 2014, Khazanah mengumumkan rancangan melibatkan dana RM6 bilion untuk menyelamatkan MAS bagi membolehkan syarikat tersebut kembali merekodkan keuntungan dalam tempoh tiga tahun atau menjelang 2017.

Ia melibatkan rancangan bagi penyenaraian semula MAS apabila ia kembali merekodkan keuntungan, dalam tempoh lima tahun selepas dinyahsenarai.

Rancangan 12 perkara itu melibatkan penubuhan satu syarikat baru untuk mengambil alih aset dan perniagaan syarikat lama, dengan pengurangan 30 peratus atau 6,000 pekerja.

Setelah melaksanakan pelbagai pelan perniagaan termasuk pembuangan pekerja, Mueller secara mengejut, mengumumkan akan syarikat itu pada September ini atas alasan yang tidak jelas walaupun kontraknya telah diikat untuk tempoh tiga tahun.

Mengulas lanjut, Khazanah harus memperbetulkan "kesilapan" dan melantik ketua pegawai eksekutif (CEO) di kalangan pengurus Bumiputera untuk menggantikan Mueller.

"Kita telah merdeka selama 60 years...Semasa zaman saya di MAS, kita tidak menggajikan seorang pun warga kerja asing.

"Jika mereka melantik warga kerja asing, individu tersebut tidak akan memahami keperluan untuk mematuhi dasar-dasar pengambilan pekerja oleh kerajaan," kata Abdul Aziz yang menjadi pengarah urusan pertama MAS dari tahun 1972 sehingga 1991.

Lihat Komen
ADS