Malaysiakini
BERITA

PKR arah Rafizi serah bukti 'rasuah wanita' pada SPRM

Diterbitkan
Dikemaskini 24 Mei 2016, 4:12 petang

PKR mengarahkan naib presidennya Rafizi Ramli menyerahkan bukti berkaitan dakwaan rasuah wang dan wanita dalam kerajaan Selangor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat biro politik parti itu malam ini.

“Biro politik telah membuat ketetapan bahawa Saudara Rafizi Ramli perlu membawa bukti-bukti yang ada pada beliau terus ke pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” kata presidennya Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Dalam kenyataannya lewat malam ini, Azizah berkata biro itu juga akan meneliti dakwaan itu dan anggotanya yang terlibat akan dihadapkan ke jawatankuasa disiplin.

Sementara itu, ditanya desas-desus Rafizi akan ditukar sebagai setiausaha agung, Azizah berkata ia tidak dibincangkan.

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.